Sunday, June 9, 2013

Bowling KUSP 2013



Pada 8 June 2013 yang lalu Kelab Umno Saint Petersburg (KUSP) telah mengadakan event 'One hour of Bowling' . Bertempat di Hypermarket Kontinent , Prospekt Marshala Kazakova. Seramai 40 orang penyokong KUSP telah turun padang bagi menyatakan soladiriti mereka.

Di ruangan cyber terdapat beberapa komen sebelum aktiviti ini berlangsung. Seorang user di Facebook bernama Fuzail Daim berkata "Apesal main 1 jam aje , tak puas la bagi orang pro macam aku" . Bagaimana pun ketika aktiviti berlangsung ternyata dia tidak pro kerana tiada satu strike pun berjaya di buat. Lane yang disertainya bersama dua lagi peserta Al-Wafi dan Shafik Azhar telah dilabel sebagai lane hambar . Point mereka sepanjang aktiviti tidak pernah mencecah 100.

Program bowling yang dijadualkan pada jam 11 itu turut disertai kontroversi apabila penganjur utama iaitu presiden KUSP sendiri datang lambat dan tidak menepati masa. Presiden KUSP , Nasrul Azhim telah di 'boo' oleh ahli KUSP yang telah 40 minit menunggu. Nasrul kemudian telah meminta maaf secara terbuka di ruangan Facebook , namun tulisannya yang mengaku comel mengundang lebih banyak kemarahan.

Antara kontroversi lain adalah mesyuarat KUSP yang diadakan di Coffee House selepas bowling. Perkara ini telah dibidas oleh bekas bendahari MESSP yang pernah dituduh saving. Dalam akaun twitter rasminya @azri(official) quote " Dulu kami meeting di bilik Wafi sahaja sambil makan biskut dan minum teh bancuh sendiri , sedap je diorang ni meeting di Coffee House".



Para peserta telah di jamu oleh air mineral dan jus oren sepanjang program. Tiada sebarang makanan disediakan. Tinjauan wartawan @messpmedia  mendapati rata-rata peserta berpuas hati dengan program kali ini.

"Saya kalah dengan Fathi pada game pertama , game kedua saya hampir menang tapi masa habis. Sungguh kecewa" kata Salman Zaluwi seorang pemain amartur.

"Kitew rasa best sangat main bowling ni. Seronok boleh kalahkan kakak-kakak.Hihihi. Terima kasih KUSP" komen Nor Amira.

"Rambut yang buruk tidak menghalang saya untuk bermain bowling. Saya berjaya buktikan orang yang bermbut huduh boleh mendapat strike" tegas Fakhruddin Rahim.

Begitulah sedikit sebanyak reaksi para peserta pada kali ini. Di harap KUSP dapat terus menyumbang kepada komuniti dengan pelbagai lagi aktiviti pada masa hadapan. Takkan KUSP hilang di dunia. Salam 1KUSP.

Hidop hidop!

Thursday, June 6, 2013

Apresasi 2013



Suka duka , tangis tawa , senyum hambar , pahit masam yang mewarnai sesi 2012/2013 berjaya disimpulkan pada 2 Jun 2013 yang lalu. Alhamdulillah Malam Apresasi Messp 2013 selamat di adakan. Majlis yang dijadualkan bermula pada jam 4 petang di Hotel Oktyaberskaya bermula sedikit lewat.Majlis dimulakan dengan doa oleh Ustaz berambut berserabut Fakhrudin Rahim dan diserikan dengan Bacaan Surah Al-Isra oleh Qari Vintage Rare , Azim Rohzan.

Seperti biasa menjadi tradisi MESSP , belanja sepanjang tahun didedahkan kepada umum , agar tidak timbul sebarang konflik dan salah faham. Bendahari yang ditugaskan Azri Aminuddin telah membentangkan fakta perbelanjaan dalam bentuk Microsoft Word yang dilihat tidak begitu menarik. Dalam perbentangannya Azri kerap kali mengulangi ayat 'Messp tak saving' dengan harapan namanya dapat dibersihkan. Terdapat percanggahan fakta dalam perbentangannya , angka 500 rubles yang disebut dalam belanjawan sebagai satu-satu nya kutipan pada sesi 12/13 adalah tidak tepat. Kerana MESSP pernah mengumpul duit jersi , yang tidak disebut  dalam perbentangan belanjawan .

Sepanjang perjalanan majlis , cabutan bertuah telah diadakan bagi menaikkan mood pelajar. Namun hadiah tupperware yang diterima merendahkan semula mood tersebut.



Persembahan pelajar pada Malam Apresasi kali ini sangat unik dan boleh dibanggakan. Pelajar tahun satu telah menampilkan persembahan bertenaga dengan menampilkan Band Peterpan Jambu dengan lagunya Mimpi Yang Sempurna. Band Peterpan Jambu dibarisi Eizaz Irfan sebagai lead vocal , Azrai Arifin sebagai backing vocal , Farid Nazir sebagai bass guitar , Setsuna Yusuf sebagai lead guitar dan Wan Afiq sebagai pelengkap band. Pelajar tahun 1 kemudian menyanyikan lagu Pergi yang tidak disertai pelajar perempuan , kerana tidak mahu mendedahkan aurat (suara) mereka.

Dalam majlis sama , Presiden KUSP Mohd Muzammel Zainal mengumumkan perletakkan jawatannya setelah berkhidmat selama dua penggal. Beliau memohon maaf atas segala kekurangannya dan mengingatkan rakyat Messp agar terus memberi sokongan kepada KUSP. Sementara itu Presiden baru yang dilantik Nasrul Azhim bin Norul Huda memulakan penggalnya dengan menabur janji untuk menyediakan bowling secara percuma bagi menarik sokongan rakyat. Pengerusi majlis , Mohammad Izzuddin kemudiaan nya memberi amaran sekiranya janji ini tidak ditepati Nasrul akan digulingkan.

Sebagai menghargai sumbangan kaum hawa dalam perjalanan MESSP , Naib Presiden MESSP Kakak Farah Izzaty diberi ruang untuk memberi ucapan. Dalam ucapannya beliau mengingatkan para pelajar agar tidak meneruskan budaya ponteng kelas. Ucapan disambung oleh Presiden ke-3 MESSP Tuan Mohd Al-Wafi bin Tuan Pail yang seterunya melepaskan jawatannya dan membubarkan MESSP. Dalam ucapannya yang agak hambar beliau menceritakan semula kisah dia di prank passport , kisah ini telah diketahui umum dan tidak berjaya menarik perhatian pelajar.

Acara kemuncak pada Malam Apresasi 2013 adalah pengumuman barisan AJK 2013/14. Jawatan Presiden  telah dimenangi oleh Saudara Muhd Luqman dengan peratusan undi 40% mengalahkan saingannya Ammar dan Hariz. Jawatan setiausaha dimenangi Ainishahirah dengan 62.5% undi mengalahkan Sakinah. Naib Presiden 2 dimenangi Nor Nadia mengalahkan Nadierah dengan 73.4% undi. Naib Presiden 1 dimenangi Farid Nazir dengan 50% undi mengalahkan Abdul Hakim. Bendahari dimenangi Afiq Jalil dengan undi 64% mengalahkan Masnor Ibrahim.

Antara 'hot seat' kali ini adalah jawatan Naib Presiden 1 yang ditandingi Farid Dan Hakim. Faktor utama kekalahan Hakim dilihat adalah penampilan artis berambut hodoh dalam video kempen nya. Penyumbang faktor kekalahan Hakim juga adalah cara kempen kotor yang digunakan oleh penyokong Hakim semasa kempen , mereka menggelar diri mereka 'Wadihana Cybertroop' mengamalkan politik fitnah dan memburukkan calon lain. Sementara hot seat kedua adalah jawatan bendahari. Rata-rata pengundi mengundi Afiq Jalil bukan atas kemampuan dirinya tetapi kerana tidak gemar dengan kepimpinan Masnor yang dilihat seringkali buat kepala sendiri.



Persembahan yang paling menarik kretif dan mendapat banyak like pada kali ini adalah dari Batch 5. Sementara persembahan paling hambar adalah dari Batch 4. Batch 5 diketuai komedian terkenal Ammar bin Alam Faizli yang memulakan persembahan dengan menghangatkan pentas dengan video kretif mereka. Di ikuti bacaan pantun yang memikat hati oleh puteri-puteri comel MESSP , Saudari Nadierah Mokhtar dan Saudari Khadijah. Persembahan dari mereka di akhiri dengan penampilan Solo Hariz Hilmi yang menyanyikan lagu Gemuruh yang membuatkan penonton tergamam. Ramai yang tidak menyangka Hariz yang asyik tidur hingga petang dan sering ponteng kelas mempunyai vokal yang sangat mantap mengalahkan vokalis MESSP , Azri Aminuddin.

Tidak lengkap Malam Apresasi tanpa beberapa kata akhir dari senior yang bakal pulang. Antara yang memberi ucapan Abang Hafizudin Hamid pelajar tahun 6 yang mengikuti program master. Kakak Nurul Atika Mokhtar pelajar cemerlang terbaik Batch 3 yang tidak pernah mendapat 3 sepanjang pengajian dan merupakan calon Krasniy Diplom. Dalam ucapannya Kakak Nurul Atika berpesan agar adik-adik mencontohi kecemerlangannya, tidak ponteng kelas , jaga solat dan menghormati guru. Juga Abang Hafiz Razali yang merupakan pelajar terbaik lelaki Batch 3. Abang Hafiz mencadangkan agar ditubuhkan Alumni bagi meneruskan kebersamaan pelajar.



Majlis kemudian ditutup dengan sesi bergambar bersama dengan prop yang telah khas disediakan. Di kesempatan ini kami ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada barisan kepimpinan MESSP bagi sesi 12/13 atas segala usaha dan sumbangan yang di taburkan. Kepada barisan AJK baru selamat berkhidmat kami ucapkan. Selamat bergraduasi kami ucapkan kepada semua abang dan kakak yang bakal pulang. Sememangya kami yang bakal tinggal disini akan merasai kehilangan kalian. Terima kasih atas segala tunjuk ajar. Semoga kejayaan bersama kalian semua!

Pergilah kasih pergilah sayang
Barang yang hilang usah dikenang
Buat abang dan kakak yang akan pergi
Semoga kita bertemu lagi.

Disediakan oleh ,
Ainishahirrah Khosidi
Setiausaha MESSP.

Saturday, June 1, 2013

Regata Vesla Na Vodu 2013



Kedatangan bulan Jun menandakan bermulanya musim peperiksaan bagi para pelajar di Saint Petersburg. Bagi pelajar tahun akhir pula bulan Jun merupakan bulan untuk membentangkan final year project mereka. Dicelah-celah kesibukan ini pelajar Malaysia masih sempat menyertai Annual Regata Vesla Na Vodu bagi sesi 2013. Penyertaan ini dapat dilaksanaan berkat pengurusan masa yang bijak oleh para pelajar.

Pasukan Malaysia yang diwakili Malaysian Rowing Tea Club (MRTC) telah mencatat kejayaan cemerlang pada regata tahun ini. Bagi kategori International Student pada tahun lalu MRTC menyandang tempat pertama mengalahkan pasukan dari tanah besar China.

MRTC diketuai oleh Kapten Izwan Fareez yang telah lama menceburi bidang mendayung. Pengalaman beliau selama 4 tahun berjaya diterjemahkan dalam mengendalikan MRTC. 2 pendayung veteran Syazwan Shahrudin dan Abdul Rauf Firdaus. Sementara 3 lagi pendayung merupakan muka baru iaitu Mohd. Shukram , Abdul Hakim , Muhd. Luqman. Sementara pendayung simpanan diwakili Farid Nazir dan Amir Rahimi. Tugas kawalan navigasi pada tahun ini di galas oleh Syed Ahmad Fathi.

MRTC yang mendapat grouping ke-8 bermula agak hambar. Kesilapan yang dilakukan oleh Syazwan Shahrudin yang terkeluar pendayungnya pada permulaan menjejaskan prestasi serta mencalar reputasi profesionalisma pasukan.

Sepanjang perlumbaan deck sebelah kiri yang diduduki oleh Syazwan , Shukram dan Luqman sering dilihat bermasaalah. Dayungan yang tidak synchronise dan sering berlaku pertembungan antara pendayung memburukkan lagi keadaan. Antara kelemahan lain adalah berpunca dari Fathi yang mengawal navigasi , beliau kelihatan seringkali memberi arahan yang tidak selari dengan dayungan peserta. Luqman juga dilihat bermasaalah kerana sering tidak memposisikan pendayung hingga ke belakang yang sering menjadi punca pertembungan.



Walaupun terdapat pelbagai masalah semasa perlumbaan MRTC tetap mendahului pasukan lain dalam group 8. MRTC juga dilihat mula memperlahankan dayungan selepas pusingan 500 meter. Kesempatan ini diambil oleh Pasukan China dan cuba memintas MRTC , namun tidak berjaya kerana helah ini berjaya dihidu oleh Abdul Rauf dan MRTC kembali menguatkan dayungan. Keputusan dan catatan masa bagi Regata kali ini seperti berikut:

1. Johan - Baltic Countries (7 minit 48 saat)
2. Naib Johan - Malaysia (9 minit 4 saat)
3. Tempat ketiga - China (9 minit 10 saat)
4. Myanmar (9 minit 59 saat)
5. Vietnam (10 minit 20 saat)
6. Kazakhstan (11 minit 11 saat)

Regata kali ini dimeriahkan lagi dengan kedatangan ramai penyokong dari Malaysia. Turut hadir Kak Ticq , Kak Liza dan Kak Tina yang bukan sahaja memberikan sokongan tetapi menyediakan sarapan kepada pasukan MRTC berupa ketam goreng bersalut tepung dan sandwich berintikan telur.

Bagi Naib Johan pasukan MRTC mendapat pingat , hamper berupa baju , wang tunai 1000 rubles dan ciuman pipi dari Miss Korabelka , Saudari Eizaz Irfan. Selepas penyampaian hadiah berlaku sedikit kekecohan apabila ada penyokong yang tidak menyertai Regata dengan tidak malu mahukan baju hadiah yang di terima. Penyokong itu telah menangis apabila dia di marahi oleh Amir Rahimi yang merupakan reserve pasukan.

Tahniah kami ucapkan kepada Pasukan Malaysian Rowing Tea Club (MRTC) atas kejayaan pada kali ini. Semoga ia dapat diteruskan pada tahun-tahun mendatang.

Eiiiyyy razz!

Saturday, May 25, 2013

Analisis prestasi MESSP 12/13



Dengan pemilihan ahli jawatan kuasa MESSP bagi penggal baru tidak lama lagi .Mari kita teliti perjalanan penggal ini bagi memahami 'mood' potilik di St Petersburg. Analisis ini juga diharap dapat membantu pengundi kali pertama untuk melakukan pilihan yang bijak dan tidak menggadai masa depan mereka. Beberapa sektor akan dikupas dengan mendalam dan beberapa lagi tidak mendalam mengikut kesesuaian dan bagi memudahkan pemahaman.

AKTIVITI DAN KERAMAIAN 

1) Sambutan Aidilfitri 1433 (22/9/2012) - Program pertama selepas berakhir penggal 11/12. Antara acara penting yang diadakan adalah ta'aruf dengan junior 1st year yang baru tiba. Juga telah diadakan kutipan bantuan untuk pelajar kemalangan di Niznhy Novgorad.

2) Dinner BPP MARA  (3/10/2012) - Majlis ringkas telah diadakan di Hotel Oktyaberskaya bagi menyambut kedatangan Puan Rohaya binti Mohd Zain , Pengarah kanan bahagian penganjuran pelajaran MARA.

3) Aidiladha (27/10/2012)

4) Fundraising for GAZA (1/12/2012) - Edaran makanan percuma apabila Gaza di serang oleh Israel.

5) New year celebration (1/1/2013) - Sambutan tahun baru menyaksikan bermulanya kritikan terhadap AJK MESSP kerana mengurangkan bilangan mercun . AJK telah dilabel sebagai saving dan terlalu kedekut untuk berbelanja.

6) Messp games (3/3/2013) - Buat kali pertama AJK menganjurkan Messp games. Namun pengkritik mengatakan ia hanya merupakan ganti kepada UMNO games yang di buat KUSP pada penggal lepas. Terdapat juga suara yang mengatakan pembahagian team tidak adil.

7) Volgo games (12/4/2013) - Disebabkan pelbagai masalah. AJK memutuskan untuk tidak menyertai intervarsity pada tahun ini. Keputusan ini sedikit sebanyak menjejaskan imej MESSP. Antara masalah yang dihadapi :
  • Tiada kesungguhan dari pihak Messp sendiri bagi menarik minat para pelajar
  • Pengumuman tarik diri oleh seluruh pelajar perempuan menyebabkan moral menurun
  • Perjalanan yang jauh dan kos yang mahal
  • Ketua kontijen yang tidak bersemangat
  • Jersey baru yang buruk
8) Solat hajat PRU13 (4/5/2013) - Mendoakan keselamatan dan kesejahteraan bagi tanah air.

9) BBQ & Family day (18/5/2013) - Event ini sedikit sebanyak memulihkan reputasi MESSP apabila tiada kutipan wang dibuat. Pembaharuan tempat juga dilihat satu transformasi baru oleh  AJK agar tidak hanya 'copy-paste' template pogram tahun-tahun sebelumnya.

10) Malam apresasi - Butiran di rahsiakan oleh Kak Nor Nadia konon nya sangat special.

KRISIS DAN KONTROVERSI

1) Jersey 12/13 - Pelbagai keluhan dan kritikan telah diberikan. Antaranya saiz yang tidak bertepatan , ejaan salah pada logo , kain tidak berkualiti , cop nama dan nombor luntur dan ejaan nama silap. Bagi mengelakkan krisis berulang dinasihatkan agar tidak membeli jersi custom-made.

2) Perbalahan - Pada peringkat perancangan sambutan Aidilfitri 1433 sedikit kecoh apabila Naib Presiden Messp meletakkan jawatan apabila bergaduh di ruangan komen Facebook dengan rakan sebatch. Insiden ini menunjukkan sifat ke-tidak-matangan dan menjejaskan keyakinan kepada kepimpinan.

KEBAJIKAN

Aspek ini diperhatikan kurang mendapat perhatian. Pihak AJK MESSP secara umumnya banyak melakukan kutipan apabila berlaku insiden di luar seperti Kutipan Fundraising untuk Gaza dan wang bantuan untuk pelajar kemalangan Niznhy Novgorad. Tetapi jarang memberikan tumpuan kepada kemalangan yang berlaku di St Petersburg. 

"Saya cadangkan apabila berlaku kemalangan atau kecederaan kepada Ahli Messp contohnya dalam kes Abg Nasrul patah jari dan Kak Lina retak tulang kaki , kita dapat usahakan tabung kecemasan bantuan bagi membantu mereka " ucap Ammar bin Alam Faizli dalam manifestonya bagi merebut jawatan presiden.

"Saya cadangkan jika berlaku kecurian atau rompakan juga kita boleh sediakan tabung bantuan seperti kes yang melanda Abg Azri dan Abg Izzuddin dalam isu scam ATM dan Abg Syah yang diragut" balas Muhd Luqman yang juga membentangkan manifestonya.

"Saya pula cadangkan jika ada ahli keluarga terdekat yang meninggal dunia kita dapat buat sedikit kutipan derma" ucap Hariz Hilmi yang juga bertanding merebut calon presiden walaupun dilihat sebagai calon pemecah undi melayu.

AKEDEMIK DAN DISIPLIN

Antara aspek yang juga dilihat kurang mendapat perhatian serious adalah aspek akedemik. AJK MESSP mungkin terlepas pandang aspek ini yang merupakan sebab mengapa adanya pelajar Malaysia disini. Walaupun secara umumnya perkara ini menjadi tanggungjawab peribadi setiap pelajar , namun diharapkan sesuatu dapat diusahakan di masa hadapan bagi membaiki keadaan.

Gejala ponteng kelas dilihat terlalu berleluasa umumnya pada setiap batch dan terutamanya dikalangan pelajar tahun 1. Perlu di ingat meski pun kita sibuk dengan game komputer , english club , shuffle, parkour, pergi gym , futsal , rowing , membeli belah di okei bersama tunang dan sebagainya kelas tidak boleh di abaikan. Selain ianya amanah kontrak kita dengan MARA ia juga ibadah yang akan disoal oleh Allah SWT.

SUKAN

1) Penerusan aktiviti futsal di lihat satu perkara yang baik. 
2) Buat pertama kalinya MESSP menubuhkan team handball professional yang diterajui oleh Abg. Nasrul Azhim.


AKHIR KATA

Secara keseluruhannya AJK MESSP 12/13 telah melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan baik. Meskipun tidak dinafikan terdapat banyak kesilapan dan kekurangan yang pastinya ada kerana kita semuanya manusia. Semoga kita dapat menghargai usaha dan penat lelah mereka yang berkerja secara percuma untuk kita semua. Semoga Allah juga yang membalas usaha baik mereka ini.

Bagi pemilihan yang baru ini dilihat ada  ke-tidak-puas-hatian dan sedikit hangat perbincangan di Facebook group. Tidak di nafikan semua orang mempunyai kebebasan bersuara , bebas memberi pendapat dan bebas mengkritik apa yang dirasakan salah. Namun harus di ingat sebab MESSP ditubuhkan adalah untuk menyatukan para pelajar dan memudah cara sebarang aktiviti. Jadi jangan lah kebebasan itu kita gunakan sehingga terlupa sebab asal penubuhan. Apa lah salahnya jika kita kalah debat tapi kita terus mesra bersama , dan apa erti kita menang debat tapi akhirnya bermasam muka.

Selamat mengundi diucapkan kepada semua!

Disediakan oleh :
Tuan Mohd Al-Wafi bin Tuan Pail
Presiden ke-3 Malaysian Engineering Student of Saint Petersburg.

Saturday, May 18, 2013

Den familia 2013



Dibawah sinaran suria alhamdulillah hampir semua anak-anak MESSP  di Saint Petersburg baik lelaki , perempuan mahupun yang tidak dikenali jenisnya dapat bersama-sama berkumpul menjayakan hari keluarga kali ini. Lebih meriah tahun ini 5 orang anak-anak MMASO datang bertenggek menyerikan lagi majlis.

Majlis bermula seawal 8.30 pagi di mulakan dengan upacara menyalakan arang. Antara menu BBQ kali ini adalah ayam masin resepi Matyi , daging salai hasil air tangan Ferq , satey Avtova , hotdog keras , dan strawberi bakar idea bernas Ebi. Turut menghiasi menu kali ini kek coklat , kuah kacang kurang pedas dan buah-buahan.



Upacara bakar membakar berjalan dengan penuh muhibbah , riang ria , gedik-gedik manja dan gembira. Selepas habis sesi makan bermulalah sesi termenung selama 1 jam . Sesi termenung merupakan slot tambahan bagi menunggu pelajar yang tiap-tiap tahun lambat untuk makan.

Selesai sesi termenung bermulalah acara kemuncak iaitu 'suka neka'. Pada tahun ini menyaksikan pertambahan sukan-sukan kreatif. Antaranya berlari dalam beg groceries Okei , bawa bola ping pong menggunakan botol air mineral Bon Aqua , lari berpasangan ikat kaki dan acara tuju botol Bon Aqua. Buat pengetahuan semua botol Bon Aqua merupakan botol kegemaran penganjur program.



Acara 'suka neka' kali ini telah dicemari dengan adegan tolak menolak yang sedikit sebanyak telah mencalarkan silaturahim para pelajar. Pelajar yang terlibat harap boleh bersedia menunggu hukuman dari Biro Disiplin tidak lama lagi.

' Suka neka' telah dimenangi oleh rumah sukan Indah dengan 100 markah , tempat kedua rumah sukan Perkasa 99 markah dan tempat terakhir rumah sukan Bahagia dengan 10 markah.

" Penat saya bertanding hari ini , saya pun tak tahu hadiah last sekali dapat kat siapa" kata Abdul Hakim. "Tenang bro hadiah dia pisang aje" pujuk Azim Rohzan.




Acara penutup telah dipengurusikan oleh Saudara Eizaz Irfan dan Saudara Farid Nazir. Berbagai jenis hadiah telah ditukar-tukar. Alhamdulillah semuanya mendapat hadiah.Antara hadiah-hadiah yang mencuri tumpuan tahun ini serbuk kari Alagapas yang dah expired , tudung PUMA , cover passport dan majalah JOM!

" Penat saya datang dari Moscow , diorang tak belikan hadiah apa-apa. Saya rasa seolah-olah dianak tirikan " luah Eizat Ghazali sambil ditenangkan rakan nya Joe.

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar bersama-sama sebagai kenang-kenangan. Jelas terpancar kesedihan di mata kakak-kakak yang akan habis belajar tahun ini. BBQ ini merupakan yang terakhir mereka di St Petersburg , juga BBQ single terakhir. Mereka rata-rata sudah menempah bunga telur dan kad jemputan pada summer nanti.



Selepas habis majlis dikhabarkan tunang kepada Asyraf telah pengsan kerana dehydrated kesan dari memakan ayam masin resepi matyi. Namun berita terbaru yang diterima keadaannya beransur pulih setelah diberi minum air yasin yang dibaca oleh Al-Hafiz Ammar bin Alam Faizli.



Apa-apa pun kami mengucapkan beribu ribu ribu taniya kepada semua kerana menjayakan upacara kita pada hari ini. Jaga iman dan jaga kesihatan . Selamat menempuh musim peperiksaan diucapkan kepada semua. Selamat menempuh musim pengangguran diucapkan kepada senior yang bakal graduate juga. Moga kasih sayang kita yang terbina ini terus erat seperti eratnya perut buncit yang kekenyangan.

Jumpa lagi semua!

Saturday, May 4, 2013

Cakna PRU-13



Kami di MESSP yakin mahasiswa yang baik bukanlah mahasiswa yang hanya mengambil peduli hal ehwal akamiknya sahaja. Bukan juga mahasiswa yang menghabiskan masa di depan komputer bermain game tanpa mengambil tahu hal ehwal masyarakat. Bukan juga mahasiswa yang sibuk membina badan tanpa ada rasa peduli tentang masalah-masalah negara.

Mahasiswa yang baik adalah mahasiswa yang cakna isu dan masalah masyarakat , sensitive dengan keadaan dan keharmornian negara serta aktif mengambil bahagian dalam menyumbang kearah pembaikan negara melalui kapasiti yang ada padanya.

Negara kita Malaysia bakal melalui fasa pemilihan dalam menentukan arah dan hala tuju negara pada esok hari (5 Mei 2013). Setiap warganegara yang memenuhi syarat bakal memilih sama ada negara akan terus berkekalan dalam era transformasi atau menuju ke era reformasi.

Kami di MESSP tidak mahu ketinggalan dalam fasa penting negara pada PRU-13 kali ini. Meski pun kebanyakan dari kami masih lagi dibawah umur dan tidak layak memilih masa depan negara. Apa yang mampu adalah kami utuskan doa dari negeri  yang jauh ini dalam sujud-sujud kami agar Malaysia menuju kearah kesejahteraan , kestabilan dan kemajuan.

Alhamdulillah , pada hari ini (4 Mei 2013) kami dapat bersama-sama melaksanakan solat hajat , memohon kepada Allah agar Malaysia terus terpelihara. Solat hajat di imamkan oleh Al-Fadil Ustaz Amir Rahimi dari perkampungan KISAS. Alhamdulillah kami dapat bersama-sama berhenti sebentar bermain futsal dan mendoakan Malaysia. Semoga  doa kami dimakbulkan melalui usaha mengundi rakyat Malaysia esok.

Selamat mengundi rakyat Malaysia!

Wednesday, April 10, 2013

Kesimpulan Vesna Na Lotsmanskoi


Gwiyomi?

Tahun ini pasukan Inostranet (Warga Asing)  menampilkan kejutan apabila menghantar wakil untuk acara terulung di SMTU. Mereka terdiri daripada Malaysia dan Vietnam. Malaysia diketuai oleh saudara Rauf dan  Vietnam diketuai oleh Abang Thai. Antara acara-acara yang dipertandigkan ialah Prahodka (Berjalan) , lukisan pasir hanya menggunakan tangan , literature, 'So? Do you think you can dance' , poster, dah tidak lain tidak bukan acara paling di tunggu para peminat vocal bukan sekadar rupa.

Pasukan Inostranet berhempas pulas memulakan latihan mereka seawal yang mungkin kerana mereka cuba untuk menjadi juara. Yang paling menarik adalah kesemua ahli usrah GG yang diketuai oleh saudara Matyi mengambil bahagian kerana mereka semua ingin melancong ke Europe memandangkan bajet usrah GG agak kecil utk melancong bersama. Pelbagai usaha yang telah ditunjukkan seperti latihan shuffle didalam tandas, pergerakan kaki sambil tidur, penghayatan lirik yang mendalam, tarian naga yang penuh emosi dan tenaga, tarian tamil yang cukup menghayat hati dan sebagai nya.

Ammar tangan nasheed

Namun pasukan Inostranet hanya mampu meraih tempat ke-4. Namun begitu ketua kontijen saudara Rauff berpuas hati walaupun sedikit kesedihan mengingati faktor-faktor atau punca-punca kekalahan team Inostranet.


Punca-punca kekalahan Inostranet dapat dilihat apabila key player pasukan Inostranet Eizaz membuat beberapa kesilapan ketika acara Prakhodka berlangsung. Muka Brother Eizaz dilihat begitu nervous apabila hendak melakukan tarian shuffle dan berdiri agak belakang ketika lagu 'All Rise' didendang kan. Factor kedua adalah pelajar tahun satu yang hanya mahu dikenali sebagai Farid terlupa lirik ketika mendendang lagu perang Russia. Apabila pihak kami mewawancara saudara Farid, beliau menyatakan bahawa beliau terlalu gemuruh kerana guru Ruski (Cikgu bahasa Russia) beliau Puan Vera melihat persembahan nyanyiannya.

Lagu lupa lirik

Namun begitu saudara Farid memperbaiki kesilapannya dan melakukan comeback degan Joget Tamil yang begitu mantap sekali. Joget Tamil kali ini dilatih sendiri oleh Cikgu Tarian Tamil dibawa khas dari perkampungan yang dikenali dengan nama Kosh. Factor ke 3 adalah kesilapan saudara Wan (20) ketika tarian Gangnam Style. Beliau seolah mengelamun sebentar ketika tarian Gangnam Style dijogetkan. Kesilapan beliau dapat dikesan meskipun jika anda melihat persembahan dari jarak 1 kilometer.

Tamil Night

Tarian Naga juga mengalami beberapa masalah, apabila salah seorang pekerja tetap penari naga professional Amir Rahimi tergelincir apabila melakukan tarian shuffle.

All rise

 Akhir kata sekali tahniah diucapkanp kepada Pasukan Inostranet kerana mmpu memberi saingan yang hebat kepada falkuti-fakulti yang lain. Setinggi tahniah juga diucapkan saudara Azrai Ariffin dan saudara Khalis Yunus  kerana banyak mmbantu menjayakan program ini .


Sunday, March 3, 2013

Messp Games 2013



Setinggi syukur kami panjatkan kepada ALLAH SWT dengan kurnia dan nikmatnya Messp Games 2013 telah berakhir dengan jayanya. Pelbagai kontroversi , kisah , drama dan tragedi mewarnai games kali ini menjadikannya sungguh bermakna bagi semua.

 Bagi kategori futsal bujang lelaki menyaksikan persaingan yang sangat sengit . Johan futsal dimenangi oleh Pasukan Hok Aloh yang diketuai Amir Rahimi sebagai kapten. Pasukan mereka berjaya meraih kemenangan   tipis 2-1 di final keatas Pasukan Pagege hasil kesilapan Eizaz Irfan di bahagian pertahanan. Skill dribble yang tidak menjadi oleh Eizaz Irfan , menjadi punca kekalahan Pasukan Pagege.

Ketika ditemubual Amir Rahimi memberi respond  "Saya rasa Games kali ini kurang cabaran , walapun saya demam saya berjaya menjadi penjaring terbanyak dan menjadi johan. Saya berharap team lain boleh tingkatkan fitness dengan berjogging dan menambah skill dengan melihat video di Youtube".

Antara Pasukan yang turut mencuri tumpuan adalah Pasukan Listen. Walaupun tiada sebarang kemenangan dan mengakhiri kempen dengan hanya 2 mata mereka berjaya menempatkan diri di tempat ke 5 hasil dari belas ihsan penganjur. Sementara itu tempat ketiga di menangi oleh Pasukan Black Panther yang berkongsi 7 mata dengan Pasukan Animal Has Problems. Sementara tempat terakhir seperti yang diramalkan disandang Pasukan Konfem Kalah dengan 6 mata.



Persembahan Frisbee oleh Vokalis SMTU Azri Aminuddin pula terpaksa di batalkan kerana Kakak Azlina telah mendapat kecederaan kaki. Rata-rata pelajar berasa lega dengan pembatalan tersebut kerana kebanyakan mereka tidak berminat dengan sukan frisbee.

Kakak Azlina Hashim mendapat kecederaan kaki apabila di tackle oleh Kakak Atika Mokhtar yang merupakan pemain dalam satu pasukan sama. Motif insiden ini masih belum diketahui dan masih misteri. Setelah dikejarkan ke klinik terdekat Doktor mengesahkan Kakak Azlina mengalami keretakan di tulang jari kelingking kaki kiri.

Bagi kategori netball wanita Juara dimenangi oleh Pasukan Pink yang diketuai oleh Kakak Sakinah Razali mengalahkan Pasukan Hijau yang diketuai oleh Kakak Nor Amira dengan jaringan 20-0. Sementara pemain terbaik dimenangi Saudari Siti Aishah. Walaupun bermain hanya sebagai pemain simpanan Siti Aishah berjaya membuktikan kemampuannya pada pihak juri , yang mana pihak juri merupakan ahli pasukan Siti Aishah sendiri.

Siti Aisyah cuba melarikan diri dari bergambar dengan Kakak Farah Izzaty

Selain dari kecederaan , acara berjalan dengan lancar dan penuh muhibbah. Penyampaian hadiah telah dikelolakan oleh Abang Nasrul Azhim dan disampaikan oleh Tuan Presiden MESSP sendiri Yang Berbahagia Tuan Mohd Al-Wafi.

Sesi penyampaian hadiah sedikit kecoh apabila seorang pelajar lelaki telah membaling kasut dan stokin busuknya kepada seorang pemain Team Listen. Ketika ditanya , dia menyatakan bahawa dia tidak berpuas hati kepada player tersebut kerana  permainan kasar yang ditunjukkan. Kerana tindakan yang tidak sopan itu  Biro Sukan Messp telah memutuskan untuk menggantung pelajar tersebut dari sebarang aktiviti sukan sehingga 15 Mac 2013 sebagai pengajaran kepadanya dan pelajar lain.



Akhir sekali kami ingin merangkapkan jutaan terima kasih kepada semua yang menjayakan Games pada kali ini. Penghargaan kepada pihak penganjur dan peserta. Semoga dengan kebersamaan kita dalam Games kali ini dapat memupuk persefahamaan dan kasih sayang antara kita.

Goodnight semua.

Monday, February 25, 2013

(Promo) MESSP GAMES 2013


Seperti yang dimaklumkan oleh kakak Nor Nadia yang baru pulang dari Paris . Pada hujung minggu ini akan diadakan MESSP GAMES 2013 bagi meningkatkan metabolisma dan kesihatan fizikal pelajar-pelajar. Semua pelajar tinggi atau rendah , berat atau ringan , straight cut atau skinny , tua atau muda adalah sangat diharapkan dapat menyertai event yang julung kali diadakan ini.

Program kesukanan ini juga diharap dapat mencungkil bakat-bakat yang tenggelam dan terpendam dikalangan pelajar bagi menyediakan skuad yang mantap bagi mengharungi Intervarsity Games di Moscow pada tahun 2014.

Berikut adalah jadual games yang akan berlangsung:

2 March 2013 (Sabtu)
2 pm - Netball bagi pelajar perempuan ( Belum berumah tangga dan sudah berumah tangga)
3 pm - Futsal lelaki (Bujang sahaja)

3 March 2013 (Ahad)
12 pm - Frisbee bagi pelajar perempuan ( Belum berumah tangga dan sudah berumah tangga)
1 pm - Frisbee game show oleh vokalis SMTU Azri Aminuddin dan pasukannya.
1.30 pm - Futsal lelaki (Bujang sahaja)
2.30 pm - Penyampaian medal dan closing ceremony.

Bagi acara futsal bujang pembahagian kumpulan telah pun lengkap dilakukan oleh Abang Nasrul Azhim yang baru sembuh dari pembedahan jari. Walaupun terdapat pelbagai kontroversi disebalik pembahagian kumpulan , rata-rata pelajar terpaksa berpuas hati apabila membaca "Semua orang buat salah" diungkapkan di ruangan facebook. Berikut disertakan gambar rajah pembahagian kumpulan :



" Team Amir ramai player yang boleh main. Mana adil macam ini , baik bagi je medal dekat diorang tak payah buat games " kata seorang pelajar yang tidak mahu namanya didedahkan dan hanya mahu dikenali sebagai Wafi.

Apa pun reaksi anda tentang pembahagian team kami harapkan anda mampu menanganinya dengan professional dan tidak beremosi. Pihak penganjur telah berusaha sebaik mungkin dan kami sebagai manusia biasa sedar kami tidak akan dapat memuaskan hati semua pihak.

Kami juga berharap para pelajar bermain dengan gembira dan tidak bergaduh. Set kan di minda anda untuk bermain bagi mengeratkan ukhuwwah . Apalah ertinya kemenangan jika diakhirnya kita bergaduh berpecah. Juga di ingatkan agar bermain dengan menutup aurat dan tidak mengeluarkan kata-kata kesat. Jika anda tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan anda boleh menghantarkan komplain anda secara rasmi di wall Abang Nasrul Azhim di facebook.

Para peserta juga akan di bekalkan dengan Cheesecake dan Puding roti pada hari Ahad oleh Kakak Azlina Hashim sebagai ole-ole dan bekalan tenaga.

Selamat berentap kami ucapkan kepada semua. Moga Games kali ini berjalan dengan lancar dan menjadi memori sweet kita bersama. Fighting!

Sunday, February 10, 2013

Barakallahulakuma Ainis dan Iqbbar


Ibarat inai di belah dua. Bagai bintang di pagari bulan. Begitulah indahnya ungkapan warisan melayu menggambarkan indahnya baitul muslim yang telah dibina oleh Saudari Ainishahirrah Khosidi dan suami Saudara  Mohamad Iqbbar bin Zainal Azhar.

Tanggal 2 Febuari 2013 menjadi saksi penyatuan dua insan mengikat janji untuk melayari bahtera kehidupan bersama. Biar ombak bergelora atau angin ribut melanda inshallah di doakan kalian berdua akan baik-baik sahaja dan dapat bersama menjadi hamba Allah yang berjaya.

Secangkir tahniah dan semerbak kegembiraan diucapkan oleh seluruh warga MESSP buat saudari Aini dan suami. Tiada ucapan yang lebih baik selain titipan doa dari kami semua. Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikumamWa jamaah baina kuma fee khair!

Pernikahan Saudari Ainis merupakan satu kejutan kepada sebahagian besar warga MESSP. Rata-rata terkejut mendengar berita perkahwinan adik tahun pertama ini. Ia juga membuatkan kakak-kakak lain tidak senang duduk dan gelisah kerana bimbang soalan " Awak bila pula?" akan diajukan kepada mereka.

Kepada semua warga MESSP yang masih bujang , teruna dan dara selamat menempuhi semester baru diucapkan. Semoga keazaman akan menemani kalian di dalam metro menuju ke kelas dan kesungguhan bersama kalian semasa di meja study. Ketahuilah tiada kejayaan datang tanpa usaha , begitu juga jodoh.

Gear up , best of luck!