Showing posts with label Summer. Show all posts
Showing posts with label Summer. Show all posts

Thursday, October 17, 2013

Global Leadership Outreach (GLO)




Setinggi-tinggi syukur kami panjatkan kepada ALLAH SWT dengan kurnia dan nikmatnya program GLO telah berakhir dengan jayanya. Program ini bagaikan pelajar mengantuk disorongkan bantal dan katil yang empuk kerana rata-rata pelajar di sini tidak menyedari akan beberapa faktor penting untuk mereka diterima sebagai pekerja di sesebuah syarikat kelak. Program ini banyak membantu pelajar, bahawasanya mereka harus tahu dan sedar terdapat pelbagai cabaran yang bakal menghambat dialam pekerjaan dan perkahwinan. Pelbagai kontroversi, kisah, drama, tragedi dan tips mewarnai program kali ini menjadikannya sungguh bermakna bagi semua. Pelajar-pelajar juga terkejut dengan kehadiran Faqehi (kira dia ni artis lah) di dalam program tersebut.

Terdapat pelbagai input menarik disampaikan oleh para panel yang diterbangkan khas dari Malaysia iaitu Dr. Zainal Abidin (AKEPT), Puan Sherene & Dr. Aishah (TalentCorp), Tan Sri Dr. Jemilah (MERCY’s founder), dan Prof. Madya Abdul Razak (MOHE) kepada para pelajar.
Antara sessi yang dianjurkan ialah seperti “Serving the nation”, “State of the future”, “Malaysian transformation agenda” dan banyak lagi sehingga tidak mampu ditaip. Rata-rata pelajar begitu gembira sekali apabila berpeluang menyertai program tersebut kerana disebabkan acara tersebut rata-rata mereka dapat memeriahkan akaun Instagram mereka dengan gambar-gambar yang begitu fantastik seperti gambar itik, gambar berehat di katil yang empuk, gambar rambut dibelah kapak dan bermandi buih.

Ketika ditemubual salah seorang pelajar yang hanya mahu dikenali sebagai Am – nama sebenar Ammar - “Saya merasakan program ini agak kurang memuaskan hati, kerana pelajar-pelajar medik Nizhny sering meluahkan pelbagai soalan dan pendapat walhal sepatutnya pelajar SMTU lebih perlu banyak bertanya kerana mereka medominasi program GLO.

Sessi pembentangan ‘Policy Proposal’ merupakan sessi kemuncak program tersebut. Para pelajar dibahagikan kepada 5 kumpulan dan setiap kumpulan harus membentangkan usul masing-masing yang mana setiap kumpulan mewakili kementerian/organisasi di Malaysia seperti MARA dan MOSTI. Terdapat pelbagai kontroversi dan tragedi di dalam sessi ini seperti Bandar Putrajaya satu pembaziran??, bot Pak Ali dijual dgn harga yang rendah, org Bandar menuntut hak, lambakan gerai tom yam di Johor, terlalu ramai remaja Bandar ke CC, dan sebagainya.

                                  
Keseluruhan program yang diadakan pada 11,12 & 13 Oktober lepas Alhamdulillah berjaya mencapai objektifnya(konfiden), walaupun seorang pelajar yg mahu dikenali sebagai Naufal sering hilang seperti Chipsmore. Hal ini mungkin kerana dia mengalami sakit perut atau keracunan makanan kerana makan terlalu banyak kek coklat ketika sessi ‘tea break’ sepanjang program dilansungkan. Sebahagian kumpulan pelajar juga terus mengaplikasikan penggunaan Bahasa Inggeris dalam perbualan mereka ketika dalam bas pulang ke hostel kerana para panel menasihati untuk tidak segan dalam meningkatkan penguasaan Bahasa Inggerisa dalam kehidupan seharian kerana ianya penting ketika interview kerja kelak.

Terima kasih kepada pihak MARA, AKEPT, TalentCorp, dan MOHE atas adanya program seperti ini. Juga kepada catering Yala yang telah menyediakan makanan yang begitu menyelerakan dan tidak berminyak.

Akhir kata, “If you are planning for one year, grow rice. If you are planning for 20 years, grow trees. If you are planning for centuries, grow men.”




Tuesday, July 9, 2013

Batch 7 tiba di St. Petersburg



Alhamdulillah setinggi syukur kami panjatkan kepada Allah SWT , dan hanya sememangnya kepada-NYA lah harus kita pulangkan rasa gembira dan bahagia kita. Syukur kami panjatkan apabila adik-adik baru yang telah lama kami tunggu selamat sampai di Airport Pulkova 1 pada 1 Julai 2013.Gembira hati kami menyambut kedatangan 6 ahli keluarga baru ini.

Team sambutan telah sekian lama membuat persedian. Setelah 7 hari 7 malam bermeeting dan berbincang , akhirnya kami bertemu di Pulkova 1. Team jemputan diketuai Abg. Ammar bin Alam Faizli , walaupun kalah pada pilihan raya MESSP yang lalu bagi merebut jawatan presiden , tetap tidak melunturkan semangat Abg. Ammar untuk terus menyumbang tenaga dan berjasa . Contoh seperti inilah yang kita perlukan , sanggup menggadai cuti beberapa hari bagi membantu adik-adik baru hanya untuk mengharap redha Allah SWT. Team jemputan turut dibantu Abg. Masnor Ibrahim dan Abg. Ebi bin Abdul Hamid. Abg. Masnor turut kalah dalam pilihanraya lalu untuk merebut jawatan bendahari.



Adik-adik telah disajikan dengan Nasi Ayam Batu Caves yang dimasak khas oleh Kak Atika dan Kak Sahliza. Walaupun juadah yang disajikan tidak berapa sedap namun adik-adik Batch 7 tidak berani complain seperti adik Batch 6 sebagai tanda menghargai usaha abang dan kakak yang menyambut mereka .

Hari-hari mereka disini kemudian nya di isi dengan pelbagai aktiviti menarik. Walaupun AJK MESSP 2013-2014 yang baru semuanya telah pulang awal ke Malaysia meninggalkan adik-adik Batch 7 yang hanya berjumlah 6 orang. Namun mereka tidak dibiarkan sendirian oleh abang-abang yang sudah tamat pengajian.



Abg. Ebi bin Abdul Hamid telah membawa mereka dalam mini ekskursi bagi melihat keindahan Saint Petersburg pada musim panas. Pelbagai tempat telah di kunjungi seperti Masjid Sabornaya di Gorkovskaya ,  Museum Hermitage , Palace Square , Zenit Arena , Bistro Syawerma , Chaihana Yalla dan Gereja Spas Na Krovi. Terpancar kegembiraan di wajah mereka memulakan hari-hari pertama disini dengan kehadiran abang-abang yang mesra , hensem dan sentiasa sudi membantu. Ada juga yang mengambil peluang bergambar dengan pelbagai gaya untuk di post di Instagram bagi tatapan keluarga dan sahabat handai yang merindui.

Pada 7 Julai 2013 adik-adik telah diajak sama-sama ber BBQ di Park Aleksandrino. BBQ bertemakan ta'aruf ini telah diadakan hasil kerjasama Abg. Bob Shukram dan Abg. Hafiz Akmal. Pelbagai jenis daging telah dibakar , antaranya daging ayam , lembu dan kambing biri-biri. Selain daging , keropok kraks , keropok lays , buah anggur dan cherry turut menjadi juadah kali ini.



Sesi ta'aruf bermula agak lambat kerana menunggu Wan Yong dan Naufal yang sakit perut kerana makan ayam bakar yang di bakar Abg. Syazwan Shahrudin. Sesi ta'aruf diadakan dengan penuh ceria. Kami bukan sahaja bertukar-tukar informasi diri , tetapi turut bertukar-tukar jenaka hambar. Selain memperkenalkan diri , abang-abang juga sempat menitip beberapa pesan bagi mereka bagi mengharungi 4 tahun di St Petersburg.

Pada 8 Julai 2013 telah diadakan day trip ke Tasik Ladeshkoe . Setibanya di sana masing-masing terus mencari bekal makanan yang dibawa kerana terlalu lapar. Bekal nasi goreng , ayam goreng , spegetti goreng , burger goreng yang tidak sedap menjadi sedap kerana lapar. Selesai makan kami berekreasi bersama. Antara sukan-sukan yang telah diadakan seperti bola tampar pantai , bola sepak pantai dan frisbee pantai.



Keriangan adik-adik bermandi manda , main tanam-tanam sedikit sebanyak menghilangkan kerinduan mereka kepada keluarga dan sahabat handai di Malaysia. Sebelum pulang telah diadakan sesi perkongsian rasa. Antara topik hangat yang dibincangkan adalah berkenaan Cikgu Matematik Vadim Sorokin yang mengajar sambil lewa. Abang-abang mencadangkan agar perkara ini dapat di adukan kepada pentadbiran universiti oleh AJK MESSP 2013-2014 agar warga Malaysia mendapat pendidikan yang sempurna dan berkualiti. Penghangaan dan ucapan terima kasih dari adik-adik semasa sesi perkongsian rasa sangat menyentuh hati sehingga Abg. Nasir Helmi mengalirkan air mata.

Selamat menyambut bulan Ramadhan kami ucapkan kepada Batch 7 di St. Petersburg . Puasa selama 20 jam bukanlah sesukar seperti yang di war-warkan. Semoga kalian dapat melalui bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan berjaya graduate dari Madrasah Ramadhan dengan sijil Taqwa.

Ramadhan Kareem!


Sunday, June 9, 2013

Bowling KUSP 2013



Pada 8 June 2013 yang lalu Kelab Umno Saint Petersburg (KUSP) telah mengadakan event 'One hour of Bowling' . Bertempat di Hypermarket Kontinent , Prospekt Marshala Kazakova. Seramai 40 orang penyokong KUSP telah turun padang bagi menyatakan soladiriti mereka.

Di ruangan cyber terdapat beberapa komen sebelum aktiviti ini berlangsung. Seorang user di Facebook bernama Fuzail Daim berkata "Apesal main 1 jam aje , tak puas la bagi orang pro macam aku" . Bagaimana pun ketika aktiviti berlangsung ternyata dia tidak pro kerana tiada satu strike pun berjaya di buat. Lane yang disertainya bersama dua lagi peserta Al-Wafi dan Shafik Azhar telah dilabel sebagai lane hambar . Point mereka sepanjang aktiviti tidak pernah mencecah 100.

Program bowling yang dijadualkan pada jam 11 itu turut disertai kontroversi apabila penganjur utama iaitu presiden KUSP sendiri datang lambat dan tidak menepati masa. Presiden KUSP , Nasrul Azhim telah di 'boo' oleh ahli KUSP yang telah 40 minit menunggu. Nasrul kemudian telah meminta maaf secara terbuka di ruangan Facebook , namun tulisannya yang mengaku comel mengundang lebih banyak kemarahan.

Antara kontroversi lain adalah mesyuarat KUSP yang diadakan di Coffee House selepas bowling. Perkara ini telah dibidas oleh bekas bendahari MESSP yang pernah dituduh saving. Dalam akaun twitter rasminya @azri(official) quote " Dulu kami meeting di bilik Wafi sahaja sambil makan biskut dan minum teh bancuh sendiri , sedap je diorang ni meeting di Coffee House".



Para peserta telah di jamu oleh air mineral dan jus oren sepanjang program. Tiada sebarang makanan disediakan. Tinjauan wartawan @messpmedia  mendapati rata-rata peserta berpuas hati dengan program kali ini.

"Saya kalah dengan Fathi pada game pertama , game kedua saya hampir menang tapi masa habis. Sungguh kecewa" kata Salman Zaluwi seorang pemain amartur.

"Kitew rasa best sangat main bowling ni. Seronok boleh kalahkan kakak-kakak.Hihihi. Terima kasih KUSP" komen Nor Amira.

"Rambut yang buruk tidak menghalang saya untuk bermain bowling. Saya berjaya buktikan orang yang bermbut huduh boleh mendapat strike" tegas Fakhruddin Rahim.

Begitulah sedikit sebanyak reaksi para peserta pada kali ini. Di harap KUSP dapat terus menyumbang kepada komuniti dengan pelbagai lagi aktiviti pada masa hadapan. Takkan KUSP hilang di dunia. Salam 1KUSP.

Hidop hidop!

Saturday, June 1, 2013

Regata Vesla Na Vodu 2013



Kedatangan bulan Jun menandakan bermulanya musim peperiksaan bagi para pelajar di Saint Petersburg. Bagi pelajar tahun akhir pula bulan Jun merupakan bulan untuk membentangkan final year project mereka. Dicelah-celah kesibukan ini pelajar Malaysia masih sempat menyertai Annual Regata Vesla Na Vodu bagi sesi 2013. Penyertaan ini dapat dilaksanaan berkat pengurusan masa yang bijak oleh para pelajar.

Pasukan Malaysia yang diwakili Malaysian Rowing Tea Club (MRTC) telah mencatat kejayaan cemerlang pada regata tahun ini. Bagi kategori International Student pada tahun lalu MRTC menyandang tempat pertama mengalahkan pasukan dari tanah besar China.

MRTC diketuai oleh Kapten Izwan Fareez yang telah lama menceburi bidang mendayung. Pengalaman beliau selama 4 tahun berjaya diterjemahkan dalam mengendalikan MRTC. 2 pendayung veteran Syazwan Shahrudin dan Abdul Rauf Firdaus. Sementara 3 lagi pendayung merupakan muka baru iaitu Mohd. Shukram , Abdul Hakim , Muhd. Luqman. Sementara pendayung simpanan diwakili Farid Nazir dan Amir Rahimi. Tugas kawalan navigasi pada tahun ini di galas oleh Syed Ahmad Fathi.

MRTC yang mendapat grouping ke-8 bermula agak hambar. Kesilapan yang dilakukan oleh Syazwan Shahrudin yang terkeluar pendayungnya pada permulaan menjejaskan prestasi serta mencalar reputasi profesionalisma pasukan.

Sepanjang perlumbaan deck sebelah kiri yang diduduki oleh Syazwan , Shukram dan Luqman sering dilihat bermasaalah. Dayungan yang tidak synchronise dan sering berlaku pertembungan antara pendayung memburukkan lagi keadaan. Antara kelemahan lain adalah berpunca dari Fathi yang mengawal navigasi , beliau kelihatan seringkali memberi arahan yang tidak selari dengan dayungan peserta. Luqman juga dilihat bermasaalah kerana sering tidak memposisikan pendayung hingga ke belakang yang sering menjadi punca pertembungan.



Walaupun terdapat pelbagai masalah semasa perlumbaan MRTC tetap mendahului pasukan lain dalam group 8. MRTC juga dilihat mula memperlahankan dayungan selepas pusingan 500 meter. Kesempatan ini diambil oleh Pasukan China dan cuba memintas MRTC , namun tidak berjaya kerana helah ini berjaya dihidu oleh Abdul Rauf dan MRTC kembali menguatkan dayungan. Keputusan dan catatan masa bagi Regata kali ini seperti berikut:

1. Johan - Baltic Countries (7 minit 48 saat)
2. Naib Johan - Malaysia (9 minit 4 saat)
3. Tempat ketiga - China (9 minit 10 saat)
4. Myanmar (9 minit 59 saat)
5. Vietnam (10 minit 20 saat)
6. Kazakhstan (11 minit 11 saat)

Regata kali ini dimeriahkan lagi dengan kedatangan ramai penyokong dari Malaysia. Turut hadir Kak Ticq , Kak Liza dan Kak Tina yang bukan sahaja memberikan sokongan tetapi menyediakan sarapan kepada pasukan MRTC berupa ketam goreng bersalut tepung dan sandwich berintikan telur.

Bagi Naib Johan pasukan MRTC mendapat pingat , hamper berupa baju , wang tunai 1000 rubles dan ciuman pipi dari Miss Korabelka , Saudari Eizaz Irfan. Selepas penyampaian hadiah berlaku sedikit kekecohan apabila ada penyokong yang tidak menyertai Regata dengan tidak malu mahukan baju hadiah yang di terima. Penyokong itu telah menangis apabila dia di marahi oleh Amir Rahimi yang merupakan reserve pasukan.

Tahniah kami ucapkan kepada Pasukan Malaysian Rowing Tea Club (MRTC) atas kejayaan pada kali ini. Semoga ia dapat diteruskan pada tahun-tahun mendatang.

Eiiiyyy razz!

Saturday, May 18, 2013

Den familia 2013



Dibawah sinaran suria alhamdulillah hampir semua anak-anak MESSP  di Saint Petersburg baik lelaki , perempuan mahupun yang tidak dikenali jenisnya dapat bersama-sama berkumpul menjayakan hari keluarga kali ini. Lebih meriah tahun ini 5 orang anak-anak MMASO datang bertenggek menyerikan lagi majlis.

Majlis bermula seawal 8.30 pagi di mulakan dengan upacara menyalakan arang. Antara menu BBQ kali ini adalah ayam masin resepi Matyi , daging salai hasil air tangan Ferq , satey Avtova , hotdog keras , dan strawberi bakar idea bernas Ebi. Turut menghiasi menu kali ini kek coklat , kuah kacang kurang pedas dan buah-buahan.



Upacara bakar membakar berjalan dengan penuh muhibbah , riang ria , gedik-gedik manja dan gembira. Selepas habis sesi makan bermulalah sesi termenung selama 1 jam . Sesi termenung merupakan slot tambahan bagi menunggu pelajar yang tiap-tiap tahun lambat untuk makan.

Selesai sesi termenung bermulalah acara kemuncak iaitu 'suka neka'. Pada tahun ini menyaksikan pertambahan sukan-sukan kreatif. Antaranya berlari dalam beg groceries Okei , bawa bola ping pong menggunakan botol air mineral Bon Aqua , lari berpasangan ikat kaki dan acara tuju botol Bon Aqua. Buat pengetahuan semua botol Bon Aqua merupakan botol kegemaran penganjur program.



Acara 'suka neka' kali ini telah dicemari dengan adegan tolak menolak yang sedikit sebanyak telah mencalarkan silaturahim para pelajar. Pelajar yang terlibat harap boleh bersedia menunggu hukuman dari Biro Disiplin tidak lama lagi.

' Suka neka' telah dimenangi oleh rumah sukan Indah dengan 100 markah , tempat kedua rumah sukan Perkasa 99 markah dan tempat terakhir rumah sukan Bahagia dengan 10 markah.

" Penat saya bertanding hari ini , saya pun tak tahu hadiah last sekali dapat kat siapa" kata Abdul Hakim. "Tenang bro hadiah dia pisang aje" pujuk Azim Rohzan.




Acara penutup telah dipengurusikan oleh Saudara Eizaz Irfan dan Saudara Farid Nazir. Berbagai jenis hadiah telah ditukar-tukar. Alhamdulillah semuanya mendapat hadiah.Antara hadiah-hadiah yang mencuri tumpuan tahun ini serbuk kari Alagapas yang dah expired , tudung PUMA , cover passport dan majalah JOM!

" Penat saya datang dari Moscow , diorang tak belikan hadiah apa-apa. Saya rasa seolah-olah dianak tirikan " luah Eizat Ghazali sambil ditenangkan rakan nya Joe.

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar bersama-sama sebagai kenang-kenangan. Jelas terpancar kesedihan di mata kakak-kakak yang akan habis belajar tahun ini. BBQ ini merupakan yang terakhir mereka di St Petersburg , juga BBQ single terakhir. Mereka rata-rata sudah menempah bunga telur dan kad jemputan pada summer nanti.



Selepas habis majlis dikhabarkan tunang kepada Asyraf telah pengsan kerana dehydrated kesan dari memakan ayam masin resepi matyi. Namun berita terbaru yang diterima keadaannya beransur pulih setelah diberi minum air yasin yang dibaca oleh Al-Hafiz Ammar bin Alam Faizli.



Apa-apa pun kami mengucapkan beribu ribu ribu taniya kepada semua kerana menjayakan upacara kita pada hari ini. Jaga iman dan jaga kesihatan . Selamat menempuh musim peperiksaan diucapkan kepada semua. Selamat menempuh musim pengangguran diucapkan kepada senior yang bakal graduate juga. Moga kasih sayang kita yang terbina ini terus erat seperti eratnya perut buncit yang kekenyangan.

Jumpa lagi semua!