Showing posts with label Sports. Show all posts
Showing posts with label Sports. Show all posts

Saturday, June 1, 2013

Regata Vesla Na Vodu 2013



Kedatangan bulan Jun menandakan bermulanya musim peperiksaan bagi para pelajar di Saint Petersburg. Bagi pelajar tahun akhir pula bulan Jun merupakan bulan untuk membentangkan final year project mereka. Dicelah-celah kesibukan ini pelajar Malaysia masih sempat menyertai Annual Regata Vesla Na Vodu bagi sesi 2013. Penyertaan ini dapat dilaksanaan berkat pengurusan masa yang bijak oleh para pelajar.

Pasukan Malaysia yang diwakili Malaysian Rowing Tea Club (MRTC) telah mencatat kejayaan cemerlang pada regata tahun ini. Bagi kategori International Student pada tahun lalu MRTC menyandang tempat pertama mengalahkan pasukan dari tanah besar China.

MRTC diketuai oleh Kapten Izwan Fareez yang telah lama menceburi bidang mendayung. Pengalaman beliau selama 4 tahun berjaya diterjemahkan dalam mengendalikan MRTC. 2 pendayung veteran Syazwan Shahrudin dan Abdul Rauf Firdaus. Sementara 3 lagi pendayung merupakan muka baru iaitu Mohd. Shukram , Abdul Hakim , Muhd. Luqman. Sementara pendayung simpanan diwakili Farid Nazir dan Amir Rahimi. Tugas kawalan navigasi pada tahun ini di galas oleh Syed Ahmad Fathi.

MRTC yang mendapat grouping ke-8 bermula agak hambar. Kesilapan yang dilakukan oleh Syazwan Shahrudin yang terkeluar pendayungnya pada permulaan menjejaskan prestasi serta mencalar reputasi profesionalisma pasukan.

Sepanjang perlumbaan deck sebelah kiri yang diduduki oleh Syazwan , Shukram dan Luqman sering dilihat bermasaalah. Dayungan yang tidak synchronise dan sering berlaku pertembungan antara pendayung memburukkan lagi keadaan. Antara kelemahan lain adalah berpunca dari Fathi yang mengawal navigasi , beliau kelihatan seringkali memberi arahan yang tidak selari dengan dayungan peserta. Luqman juga dilihat bermasaalah kerana sering tidak memposisikan pendayung hingga ke belakang yang sering menjadi punca pertembungan.



Walaupun terdapat pelbagai masalah semasa perlumbaan MRTC tetap mendahului pasukan lain dalam group 8. MRTC juga dilihat mula memperlahankan dayungan selepas pusingan 500 meter. Kesempatan ini diambil oleh Pasukan China dan cuba memintas MRTC , namun tidak berjaya kerana helah ini berjaya dihidu oleh Abdul Rauf dan MRTC kembali menguatkan dayungan. Keputusan dan catatan masa bagi Regata kali ini seperti berikut:

1. Johan - Baltic Countries (7 minit 48 saat)
2. Naib Johan - Malaysia (9 minit 4 saat)
3. Tempat ketiga - China (9 minit 10 saat)
4. Myanmar (9 minit 59 saat)
5. Vietnam (10 minit 20 saat)
6. Kazakhstan (11 minit 11 saat)

Regata kali ini dimeriahkan lagi dengan kedatangan ramai penyokong dari Malaysia. Turut hadir Kak Ticq , Kak Liza dan Kak Tina yang bukan sahaja memberikan sokongan tetapi menyediakan sarapan kepada pasukan MRTC berupa ketam goreng bersalut tepung dan sandwich berintikan telur.

Bagi Naib Johan pasukan MRTC mendapat pingat , hamper berupa baju , wang tunai 1000 rubles dan ciuman pipi dari Miss Korabelka , Saudari Eizaz Irfan. Selepas penyampaian hadiah berlaku sedikit kekecohan apabila ada penyokong yang tidak menyertai Regata dengan tidak malu mahukan baju hadiah yang di terima. Penyokong itu telah menangis apabila dia di marahi oleh Amir Rahimi yang merupakan reserve pasukan.

Tahniah kami ucapkan kepada Pasukan Malaysian Rowing Tea Club (MRTC) atas kejayaan pada kali ini. Semoga ia dapat diteruskan pada tahun-tahun mendatang.

Eiiiyyy razz!

Sunday, March 3, 2013

Messp Games 2013



Setinggi syukur kami panjatkan kepada ALLAH SWT dengan kurnia dan nikmatnya Messp Games 2013 telah berakhir dengan jayanya. Pelbagai kontroversi , kisah , drama dan tragedi mewarnai games kali ini menjadikannya sungguh bermakna bagi semua.

 Bagi kategori futsal bujang lelaki menyaksikan persaingan yang sangat sengit . Johan futsal dimenangi oleh Pasukan Hok Aloh yang diketuai Amir Rahimi sebagai kapten. Pasukan mereka berjaya meraih kemenangan   tipis 2-1 di final keatas Pasukan Pagege hasil kesilapan Eizaz Irfan di bahagian pertahanan. Skill dribble yang tidak menjadi oleh Eizaz Irfan , menjadi punca kekalahan Pasukan Pagege.

Ketika ditemubual Amir Rahimi memberi respond  "Saya rasa Games kali ini kurang cabaran , walapun saya demam saya berjaya menjadi penjaring terbanyak dan menjadi johan. Saya berharap team lain boleh tingkatkan fitness dengan berjogging dan menambah skill dengan melihat video di Youtube".

Antara Pasukan yang turut mencuri tumpuan adalah Pasukan Listen. Walaupun tiada sebarang kemenangan dan mengakhiri kempen dengan hanya 2 mata mereka berjaya menempatkan diri di tempat ke 5 hasil dari belas ihsan penganjur. Sementara itu tempat ketiga di menangi oleh Pasukan Black Panther yang berkongsi 7 mata dengan Pasukan Animal Has Problems. Sementara tempat terakhir seperti yang diramalkan disandang Pasukan Konfem Kalah dengan 6 mata.



Persembahan Frisbee oleh Vokalis SMTU Azri Aminuddin pula terpaksa di batalkan kerana Kakak Azlina telah mendapat kecederaan kaki. Rata-rata pelajar berasa lega dengan pembatalan tersebut kerana kebanyakan mereka tidak berminat dengan sukan frisbee.

Kakak Azlina Hashim mendapat kecederaan kaki apabila di tackle oleh Kakak Atika Mokhtar yang merupakan pemain dalam satu pasukan sama. Motif insiden ini masih belum diketahui dan masih misteri. Setelah dikejarkan ke klinik terdekat Doktor mengesahkan Kakak Azlina mengalami keretakan di tulang jari kelingking kaki kiri.

Bagi kategori netball wanita Juara dimenangi oleh Pasukan Pink yang diketuai oleh Kakak Sakinah Razali mengalahkan Pasukan Hijau yang diketuai oleh Kakak Nor Amira dengan jaringan 20-0. Sementara pemain terbaik dimenangi Saudari Siti Aishah. Walaupun bermain hanya sebagai pemain simpanan Siti Aishah berjaya membuktikan kemampuannya pada pihak juri , yang mana pihak juri merupakan ahli pasukan Siti Aishah sendiri.

Siti Aisyah cuba melarikan diri dari bergambar dengan Kakak Farah Izzaty

Selain dari kecederaan , acara berjalan dengan lancar dan penuh muhibbah. Penyampaian hadiah telah dikelolakan oleh Abang Nasrul Azhim dan disampaikan oleh Tuan Presiden MESSP sendiri Yang Berbahagia Tuan Mohd Al-Wafi.

Sesi penyampaian hadiah sedikit kecoh apabila seorang pelajar lelaki telah membaling kasut dan stokin busuknya kepada seorang pemain Team Listen. Ketika ditanya , dia menyatakan bahawa dia tidak berpuas hati kepada player tersebut kerana  permainan kasar yang ditunjukkan. Kerana tindakan yang tidak sopan itu  Biro Sukan Messp telah memutuskan untuk menggantung pelajar tersebut dari sebarang aktiviti sukan sehingga 15 Mac 2013 sebagai pengajaran kepadanya dan pelajar lain.



Akhir sekali kami ingin merangkapkan jutaan terima kasih kepada semua yang menjayakan Games pada kali ini. Penghargaan kepada pihak penganjur dan peserta. Semoga dengan kebersamaan kita dalam Games kali ini dapat memupuk persefahamaan dan kasih sayang antara kita.

Goodnight semua.

Monday, February 25, 2013

(Promo) MESSP GAMES 2013


Seperti yang dimaklumkan oleh kakak Nor Nadia yang baru pulang dari Paris . Pada hujung minggu ini akan diadakan MESSP GAMES 2013 bagi meningkatkan metabolisma dan kesihatan fizikal pelajar-pelajar. Semua pelajar tinggi atau rendah , berat atau ringan , straight cut atau skinny , tua atau muda adalah sangat diharapkan dapat menyertai event yang julung kali diadakan ini.

Program kesukanan ini juga diharap dapat mencungkil bakat-bakat yang tenggelam dan terpendam dikalangan pelajar bagi menyediakan skuad yang mantap bagi mengharungi Intervarsity Games di Moscow pada tahun 2014.

Berikut adalah jadual games yang akan berlangsung:

2 March 2013 (Sabtu)
2 pm - Netball bagi pelajar perempuan ( Belum berumah tangga dan sudah berumah tangga)
3 pm - Futsal lelaki (Bujang sahaja)

3 March 2013 (Ahad)
12 pm - Frisbee bagi pelajar perempuan ( Belum berumah tangga dan sudah berumah tangga)
1 pm - Frisbee game show oleh vokalis SMTU Azri Aminuddin dan pasukannya.
1.30 pm - Futsal lelaki (Bujang sahaja)
2.30 pm - Penyampaian medal dan closing ceremony.

Bagi acara futsal bujang pembahagian kumpulan telah pun lengkap dilakukan oleh Abang Nasrul Azhim yang baru sembuh dari pembedahan jari. Walaupun terdapat pelbagai kontroversi disebalik pembahagian kumpulan , rata-rata pelajar terpaksa berpuas hati apabila membaca "Semua orang buat salah" diungkapkan di ruangan facebook. Berikut disertakan gambar rajah pembahagian kumpulan :



" Team Amir ramai player yang boleh main. Mana adil macam ini , baik bagi je medal dekat diorang tak payah buat games " kata seorang pelajar yang tidak mahu namanya didedahkan dan hanya mahu dikenali sebagai Wafi.

Apa pun reaksi anda tentang pembahagian team kami harapkan anda mampu menanganinya dengan professional dan tidak beremosi. Pihak penganjur telah berusaha sebaik mungkin dan kami sebagai manusia biasa sedar kami tidak akan dapat memuaskan hati semua pihak.

Kami juga berharap para pelajar bermain dengan gembira dan tidak bergaduh. Set kan di minda anda untuk bermain bagi mengeratkan ukhuwwah . Apalah ertinya kemenangan jika diakhirnya kita bergaduh berpecah. Juga di ingatkan agar bermain dengan menutup aurat dan tidak mengeluarkan kata-kata kesat. Jika anda tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan anda boleh menghantarkan komplain anda secara rasmi di wall Abang Nasrul Azhim di facebook.

Para peserta juga akan di bekalkan dengan Cheesecake dan Puding roti pada hari Ahad oleh Kakak Azlina Hashim sebagai ole-ole dan bekalan tenaga.

Selamat berentap kami ucapkan kepada semua. Moga Games kali ini berjalan dengan lancar dan menjadi memori sweet kita bersama. Fighting!

Tuesday, December 4, 2012

Mari turun beri sokongan


Esok (5 Disember 2012) akan berlangsung Annual Spartakiada Futsal bagi season 2012/2013. Pertandingan kali ini menampilkan 'contender' baru iaitu pasukan dari India. Namun kerana pasukan India tidak mempunyai jumlah pemain mencukupi , pelajar Malaysia yang ada iras-iras India akan menyertai parukan India.

Sedikit sejarah tournament ini :

1) Bermula buat kali pertama pada tahun 2009 . Johan adalah pasukan dari Myanmar. Pasukan Malaysia mendapat tempat ke-2.
2) Season 2010/2011 menyaksikan kebangkitan pasukan Vietnam menjadi johan. Pasukan Malaysia mendapat tempat ke-2.
3) Season 2011/2012 menyaksikan pertandingan kontroversial. Pasukan Malaysia nyaris menang. Namun atas sebab lack of discipline (Player datang lambat) , pasukan dari China membuat kejutan dengan menjadi johan. Menyaksikan Malaysia jatuh kepada naib johan berkongsi mata dengan Myanmar dan China.

Pada tahun ini pasukan Malaysia di wakili : Syamil Yusoff (Captain) , Syamim Shukri , Shukram Yakub , Farizul Firdaus , Amir Rahimi , Ikhwan Ashraf , Azrai Arifin dan Syed Ahmad Fathi.

Manakala pasukan India menyaksikan pemain import yang begitu skilful : Salman Zaluwi (Captain) , Hariz Hilmi , Daim Fuzail , Afiq Jalil , Eizaz Irfan , Abdul Hakim dan Naem Naser.

Perlawanan akan diadakan pada jam 3 petang di Ulianka Main Arena . Penyokong diharap dapat datang beramai-ramai membawa vuvuzela, sepanduk dan bendera Malaysia untuk memberi sokongan kepada pasukan Malaysia. Selamat berentap diucapkan. Mainlah dengan penuh semangat , fair play dan tutup aurat. Fighting!

Saturday, November 3, 2012

Spartakiad Basketball SMTU 2012/2013


Pada 31 Oktober 2012 yang lalu telah berlangsung satu kejohanan Basketball bagi pelajar-pelajar antarabangsa yang dianjurkan oleh pihak universiti. Kejohanan berlangsung di Main Arena Ulianka , State Marine Technical University , Saint Petersburg.

Sebanyak 4 pasukan berjaya melangkah ke pusingan akhir. Antaranya adalah pasukan dari China , Malaysia , Myanmar , dan Baltic Countries ( Estonia , Lithuania dan Latvia).

" Penyertaan kali ini sangat memberangsangkan. Saya rasa pasukan Malaysia patut menjadi juara tetapi mungkin kerana kurang latihan mereka tidak berjaya. Apa pun saya yakin sukan adalah satu cara yang paling  baik bagi membina kefahaman dan toleransi antara pelajar-pelajar " kata Nina Nikolaevna Altukhova , penganjur kejohanan yang juga merupakan tenaga pengajar Kafedra FizikoVospitaniya.

Pasukan Malaysia diketuai oleh Abdul Rauf Firdaus sebagai kapten pasukan. Sharpshooter harapan Tuan Mohd Al-Wafi dan Fakhruddin Rahim. Sementara Abdul Hakim , Naeem Nasir dan Muhammad Yusuf Rosman menjadi tonggak pertahanan pasukan . Tidak ketinggalan pemain serba boleh MESSP Amir Rahimi bin Abdul Kadri.

Pasukan Malaysia bermula dengan begitu bersemangat dan bertenaga namun tewas tipis di tangan pasukan China dan Baltic. Namun dengan tiupan semangat dari kapten dan 'arm besar' Amir pasukan Malaysia bangkit dan mengalahkan pasukan Myanmar . Pasukan Malaysia meraih tempat ketiga dalam kejohanan kali ini. Sebagai rekod pasukan Malaysia berjaya meraih tempat kedua pada kejohanan sama pada musim 2011/2012 yang lalu.

Dengan baju yang masih dibasahi peluh mari kita dengar sedikit respond dari kapten pasukan Abdul Rauf Firdaus:

"Secara keseluruhan team telah menunjukkan sportmanship yang baik , kita bermain sedikit perlahan di bahagian pertahanan , blocking juga nampaknya masih perlu di baiki , walaupun saya agak kecewa dengan disiplin training team basket tapi saya tetap yakin yang kita mampu melakukan yang lebih baik pada masa akan datang. Jangan pernah patah harapan!"



Siri kejohanan akan diteruskan dengan ping pong pada 2 November , Chess pada 17 November 2012 dan Futsal pada 5 Disember 2012. Para penyokong yang tiada kelas dan berkelapangan diharap dapat bersama memberi sokongan kepada pasukan kita. Jangan lupa bawa bendera dan sepanduk.