Thursday, October 17, 2013

Global Leadership Outreach (GLO)




Setinggi-tinggi syukur kami panjatkan kepada ALLAH SWT dengan kurnia dan nikmatnya program GLO telah berakhir dengan jayanya. Program ini bagaikan pelajar mengantuk disorongkan bantal dan katil yang empuk kerana rata-rata pelajar di sini tidak menyedari akan beberapa faktor penting untuk mereka diterima sebagai pekerja di sesebuah syarikat kelak. Program ini banyak membantu pelajar, bahawasanya mereka harus tahu dan sedar terdapat pelbagai cabaran yang bakal menghambat dialam pekerjaan dan perkahwinan. Pelbagai kontroversi, kisah, drama, tragedi dan tips mewarnai program kali ini menjadikannya sungguh bermakna bagi semua. Pelajar-pelajar juga terkejut dengan kehadiran Faqehi (kira dia ni artis lah) di dalam program tersebut.

Terdapat pelbagai input menarik disampaikan oleh para panel yang diterbangkan khas dari Malaysia iaitu Dr. Zainal Abidin (AKEPT), Puan Sherene & Dr. Aishah (TalentCorp), Tan Sri Dr. Jemilah (MERCY’s founder), dan Prof. Madya Abdul Razak (MOHE) kepada para pelajar.
Antara sessi yang dianjurkan ialah seperti “Serving the nation”, “State of the future”, “Malaysian transformation agenda” dan banyak lagi sehingga tidak mampu ditaip. Rata-rata pelajar begitu gembira sekali apabila berpeluang menyertai program tersebut kerana disebabkan acara tersebut rata-rata mereka dapat memeriahkan akaun Instagram mereka dengan gambar-gambar yang begitu fantastik seperti gambar itik, gambar berehat di katil yang empuk, gambar rambut dibelah kapak dan bermandi buih.

Ketika ditemubual salah seorang pelajar yang hanya mahu dikenali sebagai Am – nama sebenar Ammar - “Saya merasakan program ini agak kurang memuaskan hati, kerana pelajar-pelajar medik Nizhny sering meluahkan pelbagai soalan dan pendapat walhal sepatutnya pelajar SMTU lebih perlu banyak bertanya kerana mereka medominasi program GLO.

Sessi pembentangan ‘Policy Proposal’ merupakan sessi kemuncak program tersebut. Para pelajar dibahagikan kepada 5 kumpulan dan setiap kumpulan harus membentangkan usul masing-masing yang mana setiap kumpulan mewakili kementerian/organisasi di Malaysia seperti MARA dan MOSTI. Terdapat pelbagai kontroversi dan tragedi di dalam sessi ini seperti Bandar Putrajaya satu pembaziran??, bot Pak Ali dijual dgn harga yang rendah, org Bandar menuntut hak, lambakan gerai tom yam di Johor, terlalu ramai remaja Bandar ke CC, dan sebagainya.

                                  
Keseluruhan program yang diadakan pada 11,12 & 13 Oktober lepas Alhamdulillah berjaya mencapai objektifnya(konfiden), walaupun seorang pelajar yg mahu dikenali sebagai Naufal sering hilang seperti Chipsmore. Hal ini mungkin kerana dia mengalami sakit perut atau keracunan makanan kerana makan terlalu banyak kek coklat ketika sessi ‘tea break’ sepanjang program dilansungkan. Sebahagian kumpulan pelajar juga terus mengaplikasikan penggunaan Bahasa Inggeris dalam perbualan mereka ketika dalam bas pulang ke hostel kerana para panel menasihati untuk tidak segan dalam meningkatkan penguasaan Bahasa Inggerisa dalam kehidupan seharian kerana ianya penting ketika interview kerja kelak.

Terima kasih kepada pihak MARA, AKEPT, TalentCorp, dan MOHE atas adanya program seperti ini. Juga kepada catering Yala yang telah menyediakan makanan yang begitu menyelerakan dan tidak berminyak.

Akhir kata, “If you are planning for one year, grow rice. If you are planning for 20 years, grow trees. If you are planning for centuries, grow men.”




1 comment: