Tuesday, July 9, 2013

Batch 7 tiba di St. Petersburg



Alhamdulillah setinggi syukur kami panjatkan kepada Allah SWT , dan hanya sememangnya kepada-NYA lah harus kita pulangkan rasa gembira dan bahagia kita. Syukur kami panjatkan apabila adik-adik baru yang telah lama kami tunggu selamat sampai di Airport Pulkova 1 pada 1 Julai 2013.Gembira hati kami menyambut kedatangan 6 ahli keluarga baru ini.

Team sambutan telah sekian lama membuat persedian. Setelah 7 hari 7 malam bermeeting dan berbincang , akhirnya kami bertemu di Pulkova 1. Team jemputan diketuai Abg. Ammar bin Alam Faizli , walaupun kalah pada pilihan raya MESSP yang lalu bagi merebut jawatan presiden , tetap tidak melunturkan semangat Abg. Ammar untuk terus menyumbang tenaga dan berjasa . Contoh seperti inilah yang kita perlukan , sanggup menggadai cuti beberapa hari bagi membantu adik-adik baru hanya untuk mengharap redha Allah SWT. Team jemputan turut dibantu Abg. Masnor Ibrahim dan Abg. Ebi bin Abdul Hamid. Abg. Masnor turut kalah dalam pilihanraya lalu untuk merebut jawatan bendahari.



Adik-adik telah disajikan dengan Nasi Ayam Batu Caves yang dimasak khas oleh Kak Atika dan Kak Sahliza. Walaupun juadah yang disajikan tidak berapa sedap namun adik-adik Batch 7 tidak berani complain seperti adik Batch 6 sebagai tanda menghargai usaha abang dan kakak yang menyambut mereka .

Hari-hari mereka disini kemudian nya di isi dengan pelbagai aktiviti menarik. Walaupun AJK MESSP 2013-2014 yang baru semuanya telah pulang awal ke Malaysia meninggalkan adik-adik Batch 7 yang hanya berjumlah 6 orang. Namun mereka tidak dibiarkan sendirian oleh abang-abang yang sudah tamat pengajian.



Abg. Ebi bin Abdul Hamid telah membawa mereka dalam mini ekskursi bagi melihat keindahan Saint Petersburg pada musim panas. Pelbagai tempat telah di kunjungi seperti Masjid Sabornaya di Gorkovskaya ,  Museum Hermitage , Palace Square , Zenit Arena , Bistro Syawerma , Chaihana Yalla dan Gereja Spas Na Krovi. Terpancar kegembiraan di wajah mereka memulakan hari-hari pertama disini dengan kehadiran abang-abang yang mesra , hensem dan sentiasa sudi membantu. Ada juga yang mengambil peluang bergambar dengan pelbagai gaya untuk di post di Instagram bagi tatapan keluarga dan sahabat handai yang merindui.

Pada 7 Julai 2013 adik-adik telah diajak sama-sama ber BBQ di Park Aleksandrino. BBQ bertemakan ta'aruf ini telah diadakan hasil kerjasama Abg. Bob Shukram dan Abg. Hafiz Akmal. Pelbagai jenis daging telah dibakar , antaranya daging ayam , lembu dan kambing biri-biri. Selain daging , keropok kraks , keropok lays , buah anggur dan cherry turut menjadi juadah kali ini.



Sesi ta'aruf bermula agak lambat kerana menunggu Wan Yong dan Naufal yang sakit perut kerana makan ayam bakar yang di bakar Abg. Syazwan Shahrudin. Sesi ta'aruf diadakan dengan penuh ceria. Kami bukan sahaja bertukar-tukar informasi diri , tetapi turut bertukar-tukar jenaka hambar. Selain memperkenalkan diri , abang-abang juga sempat menitip beberapa pesan bagi mereka bagi mengharungi 4 tahun di St Petersburg.

Pada 8 Julai 2013 telah diadakan day trip ke Tasik Ladeshkoe . Setibanya di sana masing-masing terus mencari bekal makanan yang dibawa kerana terlalu lapar. Bekal nasi goreng , ayam goreng , spegetti goreng , burger goreng yang tidak sedap menjadi sedap kerana lapar. Selesai makan kami berekreasi bersama. Antara sukan-sukan yang telah diadakan seperti bola tampar pantai , bola sepak pantai dan frisbee pantai.



Keriangan adik-adik bermandi manda , main tanam-tanam sedikit sebanyak menghilangkan kerinduan mereka kepada keluarga dan sahabat handai di Malaysia. Sebelum pulang telah diadakan sesi perkongsian rasa. Antara topik hangat yang dibincangkan adalah berkenaan Cikgu Matematik Vadim Sorokin yang mengajar sambil lewa. Abang-abang mencadangkan agar perkara ini dapat di adukan kepada pentadbiran universiti oleh AJK MESSP 2013-2014 agar warga Malaysia mendapat pendidikan yang sempurna dan berkualiti. Penghangaan dan ucapan terima kasih dari adik-adik semasa sesi perkongsian rasa sangat menyentuh hati sehingga Abg. Nasir Helmi mengalirkan air mata.

Selamat menyambut bulan Ramadhan kami ucapkan kepada Batch 7 di St. Petersburg . Puasa selama 20 jam bukanlah sesukar seperti yang di war-warkan. Semoga kalian dapat melalui bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan berjaya graduate dari Madrasah Ramadhan dengan sijil Taqwa.

Ramadhan Kareem!


No comments:

Post a Comment