Thursday, June 6, 2013

Apresasi 2013



Suka duka , tangis tawa , senyum hambar , pahit masam yang mewarnai sesi 2012/2013 berjaya disimpulkan pada 2 Jun 2013 yang lalu. Alhamdulillah Malam Apresasi Messp 2013 selamat di adakan. Majlis yang dijadualkan bermula pada jam 4 petang di Hotel Oktyaberskaya bermula sedikit lewat.Majlis dimulakan dengan doa oleh Ustaz berambut berserabut Fakhrudin Rahim dan diserikan dengan Bacaan Surah Al-Isra oleh Qari Vintage Rare , Azim Rohzan.

Seperti biasa menjadi tradisi MESSP , belanja sepanjang tahun didedahkan kepada umum , agar tidak timbul sebarang konflik dan salah faham. Bendahari yang ditugaskan Azri Aminuddin telah membentangkan fakta perbelanjaan dalam bentuk Microsoft Word yang dilihat tidak begitu menarik. Dalam perbentangannya Azri kerap kali mengulangi ayat 'Messp tak saving' dengan harapan namanya dapat dibersihkan. Terdapat percanggahan fakta dalam perbentangannya , angka 500 rubles yang disebut dalam belanjawan sebagai satu-satu nya kutipan pada sesi 12/13 adalah tidak tepat. Kerana MESSP pernah mengumpul duit jersi , yang tidak disebut  dalam perbentangan belanjawan .

Sepanjang perjalanan majlis , cabutan bertuah telah diadakan bagi menaikkan mood pelajar. Namun hadiah tupperware yang diterima merendahkan semula mood tersebut.



Persembahan pelajar pada Malam Apresasi kali ini sangat unik dan boleh dibanggakan. Pelajar tahun satu telah menampilkan persembahan bertenaga dengan menampilkan Band Peterpan Jambu dengan lagunya Mimpi Yang Sempurna. Band Peterpan Jambu dibarisi Eizaz Irfan sebagai lead vocal , Azrai Arifin sebagai backing vocal , Farid Nazir sebagai bass guitar , Setsuna Yusuf sebagai lead guitar dan Wan Afiq sebagai pelengkap band. Pelajar tahun 1 kemudian menyanyikan lagu Pergi yang tidak disertai pelajar perempuan , kerana tidak mahu mendedahkan aurat (suara) mereka.

Dalam majlis sama , Presiden KUSP Mohd Muzammel Zainal mengumumkan perletakkan jawatannya setelah berkhidmat selama dua penggal. Beliau memohon maaf atas segala kekurangannya dan mengingatkan rakyat Messp agar terus memberi sokongan kepada KUSP. Sementara itu Presiden baru yang dilantik Nasrul Azhim bin Norul Huda memulakan penggalnya dengan menabur janji untuk menyediakan bowling secara percuma bagi menarik sokongan rakyat. Pengerusi majlis , Mohammad Izzuddin kemudiaan nya memberi amaran sekiranya janji ini tidak ditepati Nasrul akan digulingkan.

Sebagai menghargai sumbangan kaum hawa dalam perjalanan MESSP , Naib Presiden MESSP Kakak Farah Izzaty diberi ruang untuk memberi ucapan. Dalam ucapannya beliau mengingatkan para pelajar agar tidak meneruskan budaya ponteng kelas. Ucapan disambung oleh Presiden ke-3 MESSP Tuan Mohd Al-Wafi bin Tuan Pail yang seterunya melepaskan jawatannya dan membubarkan MESSP. Dalam ucapannya yang agak hambar beliau menceritakan semula kisah dia di prank passport , kisah ini telah diketahui umum dan tidak berjaya menarik perhatian pelajar.

Acara kemuncak pada Malam Apresasi 2013 adalah pengumuman barisan AJK 2013/14. Jawatan Presiden  telah dimenangi oleh Saudara Muhd Luqman dengan peratusan undi 40% mengalahkan saingannya Ammar dan Hariz. Jawatan setiausaha dimenangi Ainishahirah dengan 62.5% undi mengalahkan Sakinah. Naib Presiden 2 dimenangi Nor Nadia mengalahkan Nadierah dengan 73.4% undi. Naib Presiden 1 dimenangi Farid Nazir dengan 50% undi mengalahkan Abdul Hakim. Bendahari dimenangi Afiq Jalil dengan undi 64% mengalahkan Masnor Ibrahim.

Antara 'hot seat' kali ini adalah jawatan Naib Presiden 1 yang ditandingi Farid Dan Hakim. Faktor utama kekalahan Hakim dilihat adalah penampilan artis berambut hodoh dalam video kempen nya. Penyumbang faktor kekalahan Hakim juga adalah cara kempen kotor yang digunakan oleh penyokong Hakim semasa kempen , mereka menggelar diri mereka 'Wadihana Cybertroop' mengamalkan politik fitnah dan memburukkan calon lain. Sementara hot seat kedua adalah jawatan bendahari. Rata-rata pengundi mengundi Afiq Jalil bukan atas kemampuan dirinya tetapi kerana tidak gemar dengan kepimpinan Masnor yang dilihat seringkali buat kepala sendiri.



Persembahan yang paling menarik kretif dan mendapat banyak like pada kali ini adalah dari Batch 5. Sementara persembahan paling hambar adalah dari Batch 4. Batch 5 diketuai komedian terkenal Ammar bin Alam Faizli yang memulakan persembahan dengan menghangatkan pentas dengan video kretif mereka. Di ikuti bacaan pantun yang memikat hati oleh puteri-puteri comel MESSP , Saudari Nadierah Mokhtar dan Saudari Khadijah. Persembahan dari mereka di akhiri dengan penampilan Solo Hariz Hilmi yang menyanyikan lagu Gemuruh yang membuatkan penonton tergamam. Ramai yang tidak menyangka Hariz yang asyik tidur hingga petang dan sering ponteng kelas mempunyai vokal yang sangat mantap mengalahkan vokalis MESSP , Azri Aminuddin.

Tidak lengkap Malam Apresasi tanpa beberapa kata akhir dari senior yang bakal pulang. Antara yang memberi ucapan Abang Hafizudin Hamid pelajar tahun 6 yang mengikuti program master. Kakak Nurul Atika Mokhtar pelajar cemerlang terbaik Batch 3 yang tidak pernah mendapat 3 sepanjang pengajian dan merupakan calon Krasniy Diplom. Dalam ucapannya Kakak Nurul Atika berpesan agar adik-adik mencontohi kecemerlangannya, tidak ponteng kelas , jaga solat dan menghormati guru. Juga Abang Hafiz Razali yang merupakan pelajar terbaik lelaki Batch 3. Abang Hafiz mencadangkan agar ditubuhkan Alumni bagi meneruskan kebersamaan pelajar.



Majlis kemudian ditutup dengan sesi bergambar bersama dengan prop yang telah khas disediakan. Di kesempatan ini kami ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada barisan kepimpinan MESSP bagi sesi 12/13 atas segala usaha dan sumbangan yang di taburkan. Kepada barisan AJK baru selamat berkhidmat kami ucapkan. Selamat bergraduasi kami ucapkan kepada semua abang dan kakak yang bakal pulang. Sememangya kami yang bakal tinggal disini akan merasai kehilangan kalian. Terima kasih atas segala tunjuk ajar. Semoga kejayaan bersama kalian semua!

Pergilah kasih pergilah sayang
Barang yang hilang usah dikenang
Buat abang dan kakak yang akan pergi
Semoga kita bertemu lagi.

Disediakan oleh ,
Ainishahirrah Khosidi
Setiausaha MESSP.

No comments:

Post a Comment