Saturday, May 4, 2013

Cakna PRU-13



Kami di MESSP yakin mahasiswa yang baik bukanlah mahasiswa yang hanya mengambil peduli hal ehwal akamiknya sahaja. Bukan juga mahasiswa yang menghabiskan masa di depan komputer bermain game tanpa mengambil tahu hal ehwal masyarakat. Bukan juga mahasiswa yang sibuk membina badan tanpa ada rasa peduli tentang masalah-masalah negara.

Mahasiswa yang baik adalah mahasiswa yang cakna isu dan masalah masyarakat , sensitive dengan keadaan dan keharmornian negara serta aktif mengambil bahagian dalam menyumbang kearah pembaikan negara melalui kapasiti yang ada padanya.

Negara kita Malaysia bakal melalui fasa pemilihan dalam menentukan arah dan hala tuju negara pada esok hari (5 Mei 2013). Setiap warganegara yang memenuhi syarat bakal memilih sama ada negara akan terus berkekalan dalam era transformasi atau menuju ke era reformasi.

Kami di MESSP tidak mahu ketinggalan dalam fasa penting negara pada PRU-13 kali ini. Meski pun kebanyakan dari kami masih lagi dibawah umur dan tidak layak memilih masa depan negara. Apa yang mampu adalah kami utuskan doa dari negeri  yang jauh ini dalam sujud-sujud kami agar Malaysia menuju kearah kesejahteraan , kestabilan dan kemajuan.

Alhamdulillah , pada hari ini (4 Mei 2013) kami dapat bersama-sama melaksanakan solat hajat , memohon kepada Allah agar Malaysia terus terpelihara. Solat hajat di imamkan oleh Al-Fadil Ustaz Amir Rahimi dari perkampungan KISAS. Alhamdulillah kami dapat bersama-sama berhenti sebentar bermain futsal dan mendoakan Malaysia. Semoga  doa kami dimakbulkan melalui usaha mengundi rakyat Malaysia esok.

Selamat mengundi rakyat Malaysia!

1 comment: