Saturday, May 25, 2013

Analisis prestasi MESSP 12/13



Dengan pemilihan ahli jawatan kuasa MESSP bagi penggal baru tidak lama lagi .Mari kita teliti perjalanan penggal ini bagi memahami 'mood' potilik di St Petersburg. Analisis ini juga diharap dapat membantu pengundi kali pertama untuk melakukan pilihan yang bijak dan tidak menggadai masa depan mereka. Beberapa sektor akan dikupas dengan mendalam dan beberapa lagi tidak mendalam mengikut kesesuaian dan bagi memudahkan pemahaman.

AKTIVITI DAN KERAMAIAN 

1) Sambutan Aidilfitri 1433 (22/9/2012) - Program pertama selepas berakhir penggal 11/12. Antara acara penting yang diadakan adalah ta'aruf dengan junior 1st year yang baru tiba. Juga telah diadakan kutipan bantuan untuk pelajar kemalangan di Niznhy Novgorad.

2) Dinner BPP MARA  (3/10/2012) - Majlis ringkas telah diadakan di Hotel Oktyaberskaya bagi menyambut kedatangan Puan Rohaya binti Mohd Zain , Pengarah kanan bahagian penganjuran pelajaran MARA.

3) Aidiladha (27/10/2012)

4) Fundraising for GAZA (1/12/2012) - Edaran makanan percuma apabila Gaza di serang oleh Israel.

5) New year celebration (1/1/2013) - Sambutan tahun baru menyaksikan bermulanya kritikan terhadap AJK MESSP kerana mengurangkan bilangan mercun . AJK telah dilabel sebagai saving dan terlalu kedekut untuk berbelanja.

6) Messp games (3/3/2013) - Buat kali pertama AJK menganjurkan Messp games. Namun pengkritik mengatakan ia hanya merupakan ganti kepada UMNO games yang di buat KUSP pada penggal lepas. Terdapat juga suara yang mengatakan pembahagian team tidak adil.

7) Volgo games (12/4/2013) - Disebabkan pelbagai masalah. AJK memutuskan untuk tidak menyertai intervarsity pada tahun ini. Keputusan ini sedikit sebanyak menjejaskan imej MESSP. Antara masalah yang dihadapi :
  • Tiada kesungguhan dari pihak Messp sendiri bagi menarik minat para pelajar
  • Pengumuman tarik diri oleh seluruh pelajar perempuan menyebabkan moral menurun
  • Perjalanan yang jauh dan kos yang mahal
  • Ketua kontijen yang tidak bersemangat
  • Jersey baru yang buruk
8) Solat hajat PRU13 (4/5/2013) - Mendoakan keselamatan dan kesejahteraan bagi tanah air.

9) BBQ & Family day (18/5/2013) - Event ini sedikit sebanyak memulihkan reputasi MESSP apabila tiada kutipan wang dibuat. Pembaharuan tempat juga dilihat satu transformasi baru oleh  AJK agar tidak hanya 'copy-paste' template pogram tahun-tahun sebelumnya.

10) Malam apresasi - Butiran di rahsiakan oleh Kak Nor Nadia konon nya sangat special.

KRISIS DAN KONTROVERSI

1) Jersey 12/13 - Pelbagai keluhan dan kritikan telah diberikan. Antaranya saiz yang tidak bertepatan , ejaan salah pada logo , kain tidak berkualiti , cop nama dan nombor luntur dan ejaan nama silap. Bagi mengelakkan krisis berulang dinasihatkan agar tidak membeli jersi custom-made.

2) Perbalahan - Pada peringkat perancangan sambutan Aidilfitri 1433 sedikit kecoh apabila Naib Presiden Messp meletakkan jawatan apabila bergaduh di ruangan komen Facebook dengan rakan sebatch. Insiden ini menunjukkan sifat ke-tidak-matangan dan menjejaskan keyakinan kepada kepimpinan.

KEBAJIKAN

Aspek ini diperhatikan kurang mendapat perhatian. Pihak AJK MESSP secara umumnya banyak melakukan kutipan apabila berlaku insiden di luar seperti Kutipan Fundraising untuk Gaza dan wang bantuan untuk pelajar kemalangan Niznhy Novgorad. Tetapi jarang memberikan tumpuan kepada kemalangan yang berlaku di St Petersburg. 

"Saya cadangkan apabila berlaku kemalangan atau kecederaan kepada Ahli Messp contohnya dalam kes Abg Nasrul patah jari dan Kak Lina retak tulang kaki , kita dapat usahakan tabung kecemasan bantuan bagi membantu mereka " ucap Ammar bin Alam Faizli dalam manifestonya bagi merebut jawatan presiden.

"Saya cadangkan jika berlaku kecurian atau rompakan juga kita boleh sediakan tabung bantuan seperti kes yang melanda Abg Azri dan Abg Izzuddin dalam isu scam ATM dan Abg Syah yang diragut" balas Muhd Luqman yang juga membentangkan manifestonya.

"Saya pula cadangkan jika ada ahli keluarga terdekat yang meninggal dunia kita dapat buat sedikit kutipan derma" ucap Hariz Hilmi yang juga bertanding merebut calon presiden walaupun dilihat sebagai calon pemecah undi melayu.

AKEDEMIK DAN DISIPLIN

Antara aspek yang juga dilihat kurang mendapat perhatian serious adalah aspek akedemik. AJK MESSP mungkin terlepas pandang aspek ini yang merupakan sebab mengapa adanya pelajar Malaysia disini. Walaupun secara umumnya perkara ini menjadi tanggungjawab peribadi setiap pelajar , namun diharapkan sesuatu dapat diusahakan di masa hadapan bagi membaiki keadaan.

Gejala ponteng kelas dilihat terlalu berleluasa umumnya pada setiap batch dan terutamanya dikalangan pelajar tahun 1. Perlu di ingat meski pun kita sibuk dengan game komputer , english club , shuffle, parkour, pergi gym , futsal , rowing , membeli belah di okei bersama tunang dan sebagainya kelas tidak boleh di abaikan. Selain ianya amanah kontrak kita dengan MARA ia juga ibadah yang akan disoal oleh Allah SWT.

SUKAN

1) Penerusan aktiviti futsal di lihat satu perkara yang baik. 
2) Buat pertama kalinya MESSP menubuhkan team handball professional yang diterajui oleh Abg. Nasrul Azhim.


AKHIR KATA

Secara keseluruhannya AJK MESSP 12/13 telah melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan baik. Meskipun tidak dinafikan terdapat banyak kesilapan dan kekurangan yang pastinya ada kerana kita semuanya manusia. Semoga kita dapat menghargai usaha dan penat lelah mereka yang berkerja secara percuma untuk kita semua. Semoga Allah juga yang membalas usaha baik mereka ini.

Bagi pemilihan yang baru ini dilihat ada  ke-tidak-puas-hatian dan sedikit hangat perbincangan di Facebook group. Tidak di nafikan semua orang mempunyai kebebasan bersuara , bebas memberi pendapat dan bebas mengkritik apa yang dirasakan salah. Namun harus di ingat sebab MESSP ditubuhkan adalah untuk menyatukan para pelajar dan memudah cara sebarang aktiviti. Jadi jangan lah kebebasan itu kita gunakan sehingga terlupa sebab asal penubuhan. Apa lah salahnya jika kita kalah debat tapi kita terus mesra bersama , dan apa erti kita menang debat tapi akhirnya bermasam muka.

Selamat mengundi diucapkan kepada semua!

Disediakan oleh :
Tuan Mohd Al-Wafi bin Tuan Pail
Presiden ke-3 Malaysian Engineering Student of Saint Petersburg.

2 comments: