Sunday, March 3, 2013

Messp Games 2013



Setinggi syukur kami panjatkan kepada ALLAH SWT dengan kurnia dan nikmatnya Messp Games 2013 telah berakhir dengan jayanya. Pelbagai kontroversi , kisah , drama dan tragedi mewarnai games kali ini menjadikannya sungguh bermakna bagi semua.

 Bagi kategori futsal bujang lelaki menyaksikan persaingan yang sangat sengit . Johan futsal dimenangi oleh Pasukan Hok Aloh yang diketuai Amir Rahimi sebagai kapten. Pasukan mereka berjaya meraih kemenangan   tipis 2-1 di final keatas Pasukan Pagege hasil kesilapan Eizaz Irfan di bahagian pertahanan. Skill dribble yang tidak menjadi oleh Eizaz Irfan , menjadi punca kekalahan Pasukan Pagege.

Ketika ditemubual Amir Rahimi memberi respond  "Saya rasa Games kali ini kurang cabaran , walapun saya demam saya berjaya menjadi penjaring terbanyak dan menjadi johan. Saya berharap team lain boleh tingkatkan fitness dengan berjogging dan menambah skill dengan melihat video di Youtube".

Antara Pasukan yang turut mencuri tumpuan adalah Pasukan Listen. Walaupun tiada sebarang kemenangan dan mengakhiri kempen dengan hanya 2 mata mereka berjaya menempatkan diri di tempat ke 5 hasil dari belas ihsan penganjur. Sementara itu tempat ketiga di menangi oleh Pasukan Black Panther yang berkongsi 7 mata dengan Pasukan Animal Has Problems. Sementara tempat terakhir seperti yang diramalkan disandang Pasukan Konfem Kalah dengan 6 mata.



Persembahan Frisbee oleh Vokalis SMTU Azri Aminuddin pula terpaksa di batalkan kerana Kakak Azlina telah mendapat kecederaan kaki. Rata-rata pelajar berasa lega dengan pembatalan tersebut kerana kebanyakan mereka tidak berminat dengan sukan frisbee.

Kakak Azlina Hashim mendapat kecederaan kaki apabila di tackle oleh Kakak Atika Mokhtar yang merupakan pemain dalam satu pasukan sama. Motif insiden ini masih belum diketahui dan masih misteri. Setelah dikejarkan ke klinik terdekat Doktor mengesahkan Kakak Azlina mengalami keretakan di tulang jari kelingking kaki kiri.

Bagi kategori netball wanita Juara dimenangi oleh Pasukan Pink yang diketuai oleh Kakak Sakinah Razali mengalahkan Pasukan Hijau yang diketuai oleh Kakak Nor Amira dengan jaringan 20-0. Sementara pemain terbaik dimenangi Saudari Siti Aishah. Walaupun bermain hanya sebagai pemain simpanan Siti Aishah berjaya membuktikan kemampuannya pada pihak juri , yang mana pihak juri merupakan ahli pasukan Siti Aishah sendiri.

Siti Aisyah cuba melarikan diri dari bergambar dengan Kakak Farah Izzaty

Selain dari kecederaan , acara berjalan dengan lancar dan penuh muhibbah. Penyampaian hadiah telah dikelolakan oleh Abang Nasrul Azhim dan disampaikan oleh Tuan Presiden MESSP sendiri Yang Berbahagia Tuan Mohd Al-Wafi.

Sesi penyampaian hadiah sedikit kecoh apabila seorang pelajar lelaki telah membaling kasut dan stokin busuknya kepada seorang pemain Team Listen. Ketika ditanya , dia menyatakan bahawa dia tidak berpuas hati kepada player tersebut kerana  permainan kasar yang ditunjukkan. Kerana tindakan yang tidak sopan itu  Biro Sukan Messp telah memutuskan untuk menggantung pelajar tersebut dari sebarang aktiviti sukan sehingga 15 Mac 2013 sebagai pengajaran kepadanya dan pelajar lain.



Akhir sekali kami ingin merangkapkan jutaan terima kasih kepada semua yang menjayakan Games pada kali ini. Penghargaan kepada pihak penganjur dan peserta. Semoga dengan kebersamaan kita dalam Games kali ini dapat memupuk persefahamaan dan kasih sayang antara kita.

Goodnight semua.