Saturday, November 3, 2012

Spartakiad Basketball SMTU 2012/2013


Pada 31 Oktober 2012 yang lalu telah berlangsung satu kejohanan Basketball bagi pelajar-pelajar antarabangsa yang dianjurkan oleh pihak universiti. Kejohanan berlangsung di Main Arena Ulianka , State Marine Technical University , Saint Petersburg.

Sebanyak 4 pasukan berjaya melangkah ke pusingan akhir. Antaranya adalah pasukan dari China , Malaysia , Myanmar , dan Baltic Countries ( Estonia , Lithuania dan Latvia).

" Penyertaan kali ini sangat memberangsangkan. Saya rasa pasukan Malaysia patut menjadi juara tetapi mungkin kerana kurang latihan mereka tidak berjaya. Apa pun saya yakin sukan adalah satu cara yang paling  baik bagi membina kefahaman dan toleransi antara pelajar-pelajar " kata Nina Nikolaevna Altukhova , penganjur kejohanan yang juga merupakan tenaga pengajar Kafedra FizikoVospitaniya.

Pasukan Malaysia diketuai oleh Abdul Rauf Firdaus sebagai kapten pasukan. Sharpshooter harapan Tuan Mohd Al-Wafi dan Fakhruddin Rahim. Sementara Abdul Hakim , Naeem Nasir dan Muhammad Yusuf Rosman menjadi tonggak pertahanan pasukan . Tidak ketinggalan pemain serba boleh MESSP Amir Rahimi bin Abdul Kadri.

Pasukan Malaysia bermula dengan begitu bersemangat dan bertenaga namun tewas tipis di tangan pasukan China dan Baltic. Namun dengan tiupan semangat dari kapten dan 'arm besar' Amir pasukan Malaysia bangkit dan mengalahkan pasukan Myanmar . Pasukan Malaysia meraih tempat ketiga dalam kejohanan kali ini. Sebagai rekod pasukan Malaysia berjaya meraih tempat kedua pada kejohanan sama pada musim 2011/2012 yang lalu.

Dengan baju yang masih dibasahi peluh mari kita dengar sedikit respond dari kapten pasukan Abdul Rauf Firdaus:

"Secara keseluruhan team telah menunjukkan sportmanship yang baik , kita bermain sedikit perlahan di bahagian pertahanan , blocking juga nampaknya masih perlu di baiki , walaupun saya agak kecewa dengan disiplin training team basket tapi saya tetap yakin yang kita mampu melakukan yang lebih baik pada masa akan datang. Jangan pernah patah harapan!"



Siri kejohanan akan diteruskan dengan ping pong pada 2 November , Chess pada 17 November 2012 dan Futsal pada 5 Disember 2012. Para penyokong yang tiada kelas dan berkelapangan diharap dapat bersama memberi sokongan kepada pasukan kita. Jangan lupa bawa bendera dan sepanduk.

No comments:

Post a Comment