Thursday, November 29, 2012

Fundraising for Gaza



Air mata kita mengalir pada 14 hingga 21 November yang lalu apabila tentera Israel Zionis telah melancarkan serangan terhadap saudara kita di Gaza. Selama 8 hari tentera Zionis telah membunuh 163 adik , abang dan kakak kita di Gaza. Sementara 1222 orang telah cerdera dalam kempen perang ini.

Bedilan bom Zionis telah menghancurkan sebahagian besar Gaza termasuk sekolah , tadika , rumah , hospital , masjid , stadium bola , pejabat media , kedai runcit , bangunan kerajaan , bank dan infrastuktur yang lain.

Bagi membuktikan iman dan ukhuwwah kita terhadap saudara kita marilah kita bersama membantu menghulurkan bantuan bagi meringankan beban mereka. Inshallah pada hari sabtu ini akan diadakan fundraising bagi membantu saudara kita di sana bertemakan " Ayam masak madu".

Bagi mereka yang masih keliru sila baca detail dibawah dengan teliti :

1. Makanan percuma akan diedarkan di tingkat 8 korpus 1 Stachek 111. (Bahagian dapur)

2. Anda perlu membawa pinggan sendiri.

3. Menu adalah Nasi bersama Ayam Madu. Bermula jam 4 petang hingga 6 petang.

4. Utamakan sesiapa yang belum makan. Kalau ada lebih boleh tambah , jangan emo.

5. Akan disediakan tabung kutipan di dapur nanti. Anda boleh menyumbang sebanyak mana yang anda mahu atau sesikit mana yang anda mampu.

6. Hasil kutipan akan disalurkan kepada tabung Azam Russia 'Rubles for rubbles' .

Sekiranya anda masih keliru , was-was, gelisah atau cemas sila hubungi Abang Fakhrullah Roslan untuk keterangan lanjut.

Tidak cukup kita hanya mengutuk di Facebook atau 'Pum pang pum pang ' di Twitter sahaja kemudian duduk tidak berbuat apa-apa. Marilah menyumbang! Semoga sumbangan ikhlas kita semua di ganjari ALLAH SWT dan dikira amal soleh yang akan membantu kita di akhirat nanti.

Annyeonghi gaseyo!

Saturday, November 3, 2012

Spartakiad Basketball SMTU 2012/2013


Pada 31 Oktober 2012 yang lalu telah berlangsung satu kejohanan Basketball bagi pelajar-pelajar antarabangsa yang dianjurkan oleh pihak universiti. Kejohanan berlangsung di Main Arena Ulianka , State Marine Technical University , Saint Petersburg.

Sebanyak 4 pasukan berjaya melangkah ke pusingan akhir. Antaranya adalah pasukan dari China , Malaysia , Myanmar , dan Baltic Countries ( Estonia , Lithuania dan Latvia).

" Penyertaan kali ini sangat memberangsangkan. Saya rasa pasukan Malaysia patut menjadi juara tetapi mungkin kerana kurang latihan mereka tidak berjaya. Apa pun saya yakin sukan adalah satu cara yang paling  baik bagi membina kefahaman dan toleransi antara pelajar-pelajar " kata Nina Nikolaevna Altukhova , penganjur kejohanan yang juga merupakan tenaga pengajar Kafedra FizikoVospitaniya.

Pasukan Malaysia diketuai oleh Abdul Rauf Firdaus sebagai kapten pasukan. Sharpshooter harapan Tuan Mohd Al-Wafi dan Fakhruddin Rahim. Sementara Abdul Hakim , Naeem Nasir dan Muhammad Yusuf Rosman menjadi tonggak pertahanan pasukan . Tidak ketinggalan pemain serba boleh MESSP Amir Rahimi bin Abdul Kadri.

Pasukan Malaysia bermula dengan begitu bersemangat dan bertenaga namun tewas tipis di tangan pasukan China dan Baltic. Namun dengan tiupan semangat dari kapten dan 'arm besar' Amir pasukan Malaysia bangkit dan mengalahkan pasukan Myanmar . Pasukan Malaysia meraih tempat ketiga dalam kejohanan kali ini. Sebagai rekod pasukan Malaysia berjaya meraih tempat kedua pada kejohanan sama pada musim 2011/2012 yang lalu.

Dengan baju yang masih dibasahi peluh mari kita dengar sedikit respond dari kapten pasukan Abdul Rauf Firdaus:

"Secara keseluruhan team telah menunjukkan sportmanship yang baik , kita bermain sedikit perlahan di bahagian pertahanan , blocking juga nampaknya masih perlu di baiki , walaupun saya agak kecewa dengan disiplin training team basket tapi saya tetap yakin yang kita mampu melakukan yang lebih baik pada masa akan datang. Jangan pernah patah harapan!"



Siri kejohanan akan diteruskan dengan ping pong pada 2 November , Chess pada 17 November 2012 dan Futsal pada 5 Disember 2012. Para penyokong yang tiada kelas dan berkelapangan diharap dapat bersama memberi sokongan kepada pasukan kita. Jangan lupa bawa bendera dan sepanduk.