Saturday, September 29, 2012

Sambutan Aidilfitri MESSP 1433



Tiada lafaz syukur yang layak diucapkan melainkan hanya kepada ALLAH . Alhamdulillah pada 22 September 2012 telah berlangsung sambutan Aidilfitri di Avtova.

Walaupun bermenukan nasi tomato yang tak berapa nak jadi majlis kali ini berlangsung dengan lancar , penuh ukhuwwah , mesra dan ceria. Majlis yang dijadualkan pada pukul 9 pagi bermula sedikit lambat kerana menghargai tradisi melayu.



Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Saudara Nasrul Azhim . Ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh yang disayangi Tuan Presiden Tuan Mohd Al-Wafi. Beliau mengingatkan perlunya akan ukhuwwah yang mantap antara ahli MESSP bagi menjamin perpaduan dan kesatuan yang dibina. Untuk ucapan penuh sila klik sini.



Di teruskan dengan tazkirah ringkas dari Abang Syed Ahmad Fathi yang merupakan pelajar tahun akhir berkenaan pentingnya menghargai masa. "Jika di akhirat baru nak pergi solat Jumaat sudah terlambat" katanya.

Bagi menghargai kehadiran putera dan puteri baru MESSP majlis memperuntukkan sedikit masa untuk sesi ta'aruf  bersama adik-adik baru. Sesi ini dipenuhi dengan senda tawa dan acara usik mengusik. Adik Aini sehingga terduduk kerana tidak mampu menjawab soalan dari abang-abang berkenaan siapa yang memberi kek hari jadi. Turut mencuri tumpuan adalah jawapan 'Masih Mencari' dari Fakhruddin apabila ditanya berkenaan status terkini. Turut memperkenalkan diri pada kali ini adalah Saudara Faqehi dan Naim Nasser yang berjaya melepaskan diri tahun lepas tapi tidak pada tahun ini.



Begitulah sedikit petikan riang raya kali ini. Majlis kemudian dilengkapi dengan jamuan makan dimulai bacaan doa dari Al-Ustaz Ammar Alam Faizli.

"Pada pandangan saya kari Mamu paling istimewa pada jamuan kali ini" jawab Abang Arieff Nazamuddin apabila ditanya mengenali masakan mana yang paling sedap.

"Sapa yang buat nasi tomato tak jadi nih?" tanya Kak Farah Izzaty yang menguruskan hal ehwal makanan.



Terima kasih juga diucapkan kepada semua dermawan-dermawan dari MESSP yang menyumbang kepada Tabung Kemalangan yang melibatkan saudari-saudari dari Nizhnhy Novgorad. Kutipan berjumlah RM700 melepasi sasaran awal sebanyak RM500. Terima kasih diucapkan.



Majlis diakhiri dengan sesi pergambaran yang di hoskan oleh Photographer terkenal Abang Khalis Yunus. Sedikit jualan 'Garage Sale' juga dapat dilihat di akhir majlis walaupun tiada dalam tentatif oleh Abang Syamil Yusuf dan Abang Shahir Ashraf.

Wednesday, September 19, 2012

Sumbangan Kemalangan



Seperti yang diumumkan oleh Kak Nor Nadia bahawa pada sabtu ini (22 September ) akan diadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri bertempat di Avtova. Dan sebagaimana yang kita tahu pada 3 September lepas berlaku kemalangan melibatkan 7 pelajar yang mengorbankan 2 pelajar ketika mereka dalam perjalanan pulang dari Moscow ke Nizhny Novgorad.

Jadi bagi menyatakan sokongan kita kepada mangsa yang terlibat satu tabung akan di edarkan pada Majlis Aidilfitri nanti bagi membantu mereka dari segi keperluan perubatan dan sebagainya.

Kita akan menyalurkan sumbangan nanti menerusi tabung AZAM RUSSIA seperti yang telah di war-warkan di facebook.



Di harap para pelajar dapat membawa bersama duit yang ingin didermakan pada majlis tersebut. Semoga sumbangan kita ini dapat membantu meringankan lagi beban yang ditanggung mereka.