Friday, August 24, 2012

Aidilfitri Embassy Moscow 1433 H


Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar. Gema takbir di Kedutaan Besar Malaysia Moscow menimbulkan pelbagai perasaan bagi para pelajar dari Saint Petersburg yang menyambutnya disini. Ada yang mengalirkan air mata merindui kehangatan kasih sayang keluarga di pagi raya. Ada juga yang gembira kerana berjaya puasa penuh. Ada juga yang sakit perut di pagi raya.

1 Syawwal 1433 Hijrah di Russia jatuh pada hari Ahad , 19 Ogos 2012. Perjalanan 10 jam menaiki kereta api ke Moscow tidak sedikit pun melunturkan semangat para pelajar meraikan hari kemenangan ummat Islam ini.

"Fuhh gembira dan meriah rasanya dapat beraya bersama semua rakan-rakan sebatch" kata Farid Nadzir ketua rombongan pelajar SMTU ke Moscow.

Masjlis sambutan dimulakan jam 8.30 pagi dengan takbir secara berjemaah diikuti solat sunat Aidilfitri yang di imamkan oleh Kol. Abdul Manaf Md. Zaid. Majlis dilengkapkan dengan bacaan Khutbah Aidilfitri bertajuk 'Aidilfitri Hari Kemenangan Ummat Islam' .Antara  isi utama khutbah yang disampaikan adalah perlunya ummat Islam kembali hidup berpandukan Al-Qur'an dalam semua urusan kehidupan meliputi undang-undang , pengurusan keluarga sehinggalah kepada siasah dan sistem pemerintahan.



Majlis diteruskan dengan Ucapan ringkas Dato' Zainal Abidin duta besar Malaysia ke Russia. Tidak lengkap Aidilfitri tanpa ada jamuan makan ibarat 'Ice Lemon Tea' tanpa gula. Para tetamu dihidangkan oleh pihak kedutaan oleh pelbagai juadah seperti satey , burger-del , nasi minyak dan banyak lagi yang membuatkan tetamu merasakan seolah-olah mereka berada di Malaysia.

Feedback dari pelajar-pelajar.

"Gembira rasanya beraya bersama kawan-kawan , gambar pun banyak boleh la tukar 'profile picture' di facebook" kata Afiq Abd. Jalil.

"Walaupun sedih tak dapat bersama family , tapi saya gembira kerana boleh pakai baju 'pink' di pagi raya" kata Eizaz Irfan.

"Sedap satey yang Embassy buat ini , saya ingat nak tempah satey dari Embassy untuk catering kenduri pertunangan saya nanti" kata Aini.


Terima kasih diucapkan kepada pihak semua staff Embassy Malaysia di Moscow atas majlis sambutan yang begitu bermakna buat kami yang tidak dapat bersama keluarga di pagi Syawwal. Jutaan terima kasih juga kepada rakan-rakan di MAI yang sudi menerima kami untuk berteduh untuk beberapa malam. Terima kasih juga kerana mengadakan jamuan pada 2 Syawwal dengan kuah kacang yang begitu menyelerakan.

Salam Aidilfitri diucapkan kepada semua Ummat Islam dari kami Malaysian Engineering Student of Saint Petersburg (MESSP). Moga segala puasa , qiyam , tadarrus , tilawah yang dilakukan di bulan Ramadhan diterima oleh Allah SWT dan dapat di istiqamahkan untuk 11 bulan mendatang. Taqabalallahu minna wa minkum!

No comments:

Post a Comment