Sunday, July 1, 2012

Ramah Mesra Bersama Embassy Malaysia



Musim panas kali ini terasa begitu bermakna bagi pelajar-pelajar Malaysia di SMTU. Buat pertama kalinya mendapat kunjungan Duta Besar Malaysia ke Russia Dato' Zainol Abidin Omar dan isteri. Turut mengiringi rombongan   dari embassy Cik Najwa Musyrifah Ramli , En. Suhaimi Zainuddin , En Wan Azizam Saleh dan En. Mohd Rodzi Hamzah .

Perjumpaan bersama pelajar bertempat di Hotel Oktyaberskaya , St. Petersburg Russia pada 22 Jun 2012. Dimulakan dengan doa kemudian di ikuti ucapan alu-aluan dari Presiden Persatuan Pelajar , Tuan Mohd Al-Wafi.

Majlis kemudian diteruskan dengan ucapan Dato' Zainol Abidin. Dalam ucapannya  Dato' menceritakan kebanggakan beliau kerana mendapat feedback yang sangat baik dari pihak universiti mengenai pelajar Malaysia di SMTU. Turut disentuh harapan kerajaan dari graduan agar dapat menyumbang ke arah mencapai tahap ekonomi ' High Income Country' dan Agensi TalentCorp yang telah dimulakan oleh kerajaan bagi menarik graduan pulang menyumbang kepada ekonomi negara.



Menjawab soalan berkenaan praktikal yang diutarakan oleh Muzammel Zainal beliau berkata "Rektor universiti mengakui kepentingan praktikal , pihak universiti dan kedutaan akan berbincang dengan lebih lanjut untuk mencapai kata sepakat praktikal yang bagaimana dapat dilaksanakan".

Dato' juga memberi respond kepada isu penghapusan visa bagi rakyat Malaysia ke Russia , beliau mengulas " Kami telah berbincang dengan kerajaan Russia berkenaan isu ini sejak tahun 2005 , kerajaan Russia bersedia menghapuskan visa bagi rakyat Malaysia yang akan melawat Russia selama 90 hari , pejanjian ini sedang dirundingkan dan sudah memasuki fasa akhir , pihak kedutaan berharap masalah ini  dapat diselesaikan sebelum mesyuarat APEC yang akan diadakan di Vladivostok pada September 2012".



Dato' Zainol Abidin juga mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada dua orang pelajar yang telah menamatkan ijazah di SMTU iaitu Izzul Izzat Mazlan dan Norlin Azira Rosli. 


Turut mencuri tumpuan pada majlis kali ini pantun comel dari Nasrul Azhim selaku pengurusi majlis.Perjumpaan kemudian disambung dengan sesi penggambaran dan jamuan . Menu jamuan adalah nasi ayam.


Sekian.

No comments:

Post a Comment