Friday, July 20, 2012

1 Ramadhan di St. Petersburg


Tanggal 20 Julai 2012 menandakan bermulanya bulan yang ditunggu-tunggu oleh semua ummat Islam iaitu bulan Ramadhan Al-Mubarak. Sungguh pun jauh dari keluarga dan bazaar Ramadhan di Malaysia namun 1 Ramadhan 1433 tetap disambut dengan gembira oleh pelajar-pelajar Malaysia disini.

Walaupun kebanyakan pelajar SMTU telah balik bercuti , namun masih terdapat 4 orang pelajar yang akan menghabiskan cuti disini bersama 12 orang pelajar tahun pertama. Musim panas yang mempunyai siang yang panjang menuntut para pelajar untuk berpuasa hampir 20 jam. Sahur berakhir jam 3 pagi dan berbuka jam 11 petang. Bagi yang inginkan jadual penuh solat untuk bulan Ramadhan 1433 Hijra di St. Petersburg , Russia anda boleh dapatkannya disini.



Jarak yang jauh dari Malaysia sememangnya menjadi platform terbaik kepada para pelajar menguji bakat memasak mereka. Pelbagai juadah berjaya disiapkan antaranya kari ayam , ayam masak lemak , donut , dadih dan macam-macam lagi.

Bagi menghidupkan malam ramadhan majlis tarawikh berjemaah telah dilakukan bersama dimamkan oleh Imam Besar Azim dan Imam Besar AJ. Majlis tadarus Al-Qur'an turut dijalankan bagi mengisi Ramadhan kali ini yang diketuai Ustaz Ferq.



Di kesempatan yang ada ini kami ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Mubarak kepada semua muslimin dan muslimat tidak kira di mana jua anda berada. Jadikan peluang yang ada ini untuk mempertingkatkan diri dan membangun rohani agar terbina 'TAQWA' di dalam diri.

Sekian.

Monday, July 2, 2012

Adik adik sayang selamat tiba di Petersburg



Bulan penuh indah malam ini di St Petersburg seolah-olah gembira menyambut kehadiran adik-adik baru. Namun gembira lagi hati kami abang-abang dan kakak-kakak yang menyambut. Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi pesawat SU34 selamat mendarat di Pulkovo 1 jam 12.50 pagi.

"Penat duh abang 3 kali transit nak sampai sini" luah hati Farid ketua batch bagi pelajar yang baru tiba. Riak wajah kepenatan jelas terpancar pada setiap wajah yang baru tiba.



Ketibaan mereka di iringi dua orang wakil dari MARA , En Suhaimi pegawai MARA Moscow dan En. Zaimi wakil dari Unikl Mimet.



Mereka terpaksa menunggu hampir 30 minit sebelum dibenarkan masuk ke hostel kerana terdapat sedikit salah faham yang dicetuskan makcik penjaga pintu. Namun mood kembali ceria apabila mereka disajikan menu istimewa yang telah disediakan oleh Kak Lina , Kak Lydia , Kak Mira , Kak Farah dan Kak Lela.

Mereka kemudian diberi taklimat ringkas mengenai dokumen yang perlu diisi oleh Kak Norlin Azira. Setelah mengisi borang dan mendapatkan kunci bilik mereka pun segera tidur kerana terlalu letih. Kami turut merasainya. Kesian juga.

Seluruh warga Messp mengucapkan selamat datang kepada 12 adik-adik yang baru tiba . Sememangnya kehadiran kalian ke dalam keluarga besar kami disini amat di nantikan dan semoga dengan kehadiran kalian dapat menceriakan lagi komuniti Malaysia disini.

Sekian.

Sunday, July 1, 2012

Ramah Mesra Bersama Embassy Malaysia



Musim panas kali ini terasa begitu bermakna bagi pelajar-pelajar Malaysia di SMTU. Buat pertama kalinya mendapat kunjungan Duta Besar Malaysia ke Russia Dato' Zainol Abidin Omar dan isteri. Turut mengiringi rombongan   dari embassy Cik Najwa Musyrifah Ramli , En. Suhaimi Zainuddin , En Wan Azizam Saleh dan En. Mohd Rodzi Hamzah .

Perjumpaan bersama pelajar bertempat di Hotel Oktyaberskaya , St. Petersburg Russia pada 22 Jun 2012. Dimulakan dengan doa kemudian di ikuti ucapan alu-aluan dari Presiden Persatuan Pelajar , Tuan Mohd Al-Wafi.

Majlis kemudian diteruskan dengan ucapan Dato' Zainol Abidin. Dalam ucapannya  Dato' menceritakan kebanggakan beliau kerana mendapat feedback yang sangat baik dari pihak universiti mengenai pelajar Malaysia di SMTU. Turut disentuh harapan kerajaan dari graduan agar dapat menyumbang ke arah mencapai tahap ekonomi ' High Income Country' dan Agensi TalentCorp yang telah dimulakan oleh kerajaan bagi menarik graduan pulang menyumbang kepada ekonomi negara.



Menjawab soalan berkenaan praktikal yang diutarakan oleh Muzammel Zainal beliau berkata "Rektor universiti mengakui kepentingan praktikal , pihak universiti dan kedutaan akan berbincang dengan lebih lanjut untuk mencapai kata sepakat praktikal yang bagaimana dapat dilaksanakan".

Dato' juga memberi respond kepada isu penghapusan visa bagi rakyat Malaysia ke Russia , beliau mengulas " Kami telah berbincang dengan kerajaan Russia berkenaan isu ini sejak tahun 2005 , kerajaan Russia bersedia menghapuskan visa bagi rakyat Malaysia yang akan melawat Russia selama 90 hari , pejanjian ini sedang dirundingkan dan sudah memasuki fasa akhir , pihak kedutaan berharap masalah ini  dapat diselesaikan sebelum mesyuarat APEC yang akan diadakan di Vladivostok pada September 2012".



Dato' Zainol Abidin juga mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada dua orang pelajar yang telah menamatkan ijazah di SMTU iaitu Izzul Izzat Mazlan dan Norlin Azira Rosli. 


Turut mencuri tumpuan pada majlis kali ini pantun comel dari Nasrul Azhim selaku pengurusi majlis.Perjumpaan kemudian disambung dengan sesi penggambaran dan jamuan . Menu jamuan adalah nasi ayam.


Sekian.

Era baru bermula


Tahun demi tahun kini Malaysian Engineering Student of St. Petersburg (MESSP) sudah memasuki tahun ketiganya. Selaras dengan pertambahan ahli keluarga saban tahun kini MESSP berazam untuk bergerak dengan lebih tersusun dan teratur.

Berakhirnya penggal 2011-2012 menandakan berakhirnya tahun kedua dan bermulanya tahun ketiga bagi persatuan ini. Pada 2 Jun 2012 satu majlis makan malam perpisahan telah diadakan bertempat di  Hotel Ibis , Saint Petersburg , Russia. Majlis kali ini di khususkan untuk meraikan pelajar tahun akhir Norlin Azira Rosli dan Izzul Izzat Mazlan yang telah berjaya menamatkan pengajian mereka dengan cemerlang.Majlis juga diserikan dengan kehadiran istimewa IR Md Salim dari Unikl Mimet dan Prof Adi Maimun yang kebetulan datang ke St. Petersburg atas urusan rasmi.

Pada majlis yang sama juga pengumuman ahli jawatan kuasa baru telah diadakan. Hasil pungutan suara yang dijalankan 49 kertas undi telah diterima. Setelah dikira Tuan Mohd Alwafi telah dipilih untuk menyandang jawatan presiden bagi penggal baru dengan undi sebanyak 85 peratus.

Berikut senarai jawatan kuasa baru bagi penggal 2012-2013:

  • Presiden: Tuan Mohd Alwafi
  • Naib Presiden 1: Masnor Ibrahim
  • Naib Presiden 2: Noor Farah Izaty
  • Setiausaha: Nor Nadia Mohd Khairoji
  • Bendahari: Muhammad Azri Aminuddin
  • Bendahari 2:  Lydia Binti Azmi
  • Sukan: Shahruzzani Mohammad
  • Perhubungan: Mohammad Izzuddin Ismail
  • Perhubungan 2: Azlina Binti Hashim dan Noor Farah Izaty
  • Wakil Avtova: Muhammad Nazrin Bin Pasarudin
  • Wakil batch 1: Hafizuddin Abd Hamid
  • Wakil batch 3: Fuzail Daim Zulkefly
  • Wakil batch 4: Muhammad Abdul Rauf
  • Wakil batch 5: Ammar Alam Faizli
  • Ketua kontigen ke Volgograd 2013: Mohamad Shafik Azhar
Majlis juga diserikan dengan persembahan Coral Speaking yang begitu romantik diketuai oleh Ammar Alam Faizli. Bagi mengelakkan majlis menjadi statik dan monotone dendangan lagu diselang selikan oleh batch ke 4. Apabila ditanya kepada para pelajar , rata-ratanya sangat menyukai lagu khas ciptaan Abdul Rauf. 


Suasana majlis kali ini mula bertukar sedih dengan ucapan dua pelajar yang telah menamatkan pengajian. Setelah hampir 4 tahun mereka menabur jasa dan menyemai budi perpisahan kali ini sangat dirasai.

"Nell harap bila orang cakap pasal gaduate SMTU kita semua boleh bangga , nasihat untuk junior jangan malas study dan jangan ambil jalan pintas untuk habis exam" ucap Norlin Azira dalam ucapannya. Sememangnya harapan dan nasihat ini merupakan mutiara bagi pelajar-pelajar lain untuk meneruskan perjuangan mereka.

Sekian.